Monday, July 13, 2009

Kawan-kawan, Friends, Tomodachi, Chingu


Kali ni aku nk cite skit pasal kwn2 aku kat Uitm ni. Kenal dorang dr awal 2008. Walaupun br setahun 1/2 kenal dorang, tp banyak kenangan yg kita dh cipta bersama, susah & senang(chewah, ayat!!)

Aku akan ikut huruf ye..

Aiin

Kawan serumah aku sejak awal tahun 2009. Kat kelas muka kau, rumah pun muka kau. Harap2 ko x bosan tgk muka aku.. hihi. 1st time aku bcakap dgn aiin ni dlm bas rasanya. Untuk perjumpaan kesatria kalau x silap. 1st time group dgn dia utk CTU masa part 1. Budak ni blh jd leader. Walaupun kadang2 ko cakap lepas, tp aku rs mcm tu lg bagus sbb org blh sdr mana silapnya. Dia ni ada 2 personaliti.. Dia blh jd mcm budak2, & dia blh jd matang.

Aman
Dgn budak ni aku kena kuatkan imun aku kat laki, sbb bdk ni agak 'ulat bulu' hehe. Slalu kalau kuar, Aman yg akan bwk kereta aku. Jd bg aku dia ni ala2 driver la.. Dia & fendi x dpt dipisahkan (??)

Fendi

Dimana ada Aman, di situ mesti ada Fendi. Seorang yg funny. Dulu aku rasa ko ni baik, tp aku x tau la sbb ko serumah dgn Aman kot, aku rasa ko dh 'gatal' sama mcm dia. hehe. Knp anak sedara ko comel gila x mcm ko?? hehe

Habiel

Class rep kitaorang yg ptama. Sesape yg ada masalah dgn laptop suma cari dia. Disebabkan kehandalan dia ni, masa awal sem kami 1 kelas semua pakat pegi low yat sedangkan time tu x kenal dorang sgt lg (time tu aku x bcakap lg dgn ko rasanya).. hehe lawak bila dikenangkan balik. Sejak perisiwa low yat tu, kami slalu keluar ramai2 dgn budak kelas. Aku x tau nape dorang suka sgt gossipkan aku dgn kau, yg aku tau, punca kena gossip, 'sham'. Pasni aku akan buat 'noheng' je dgn gossip2 tu ye..

Hoenese

1st time aku cakap dgn ko, ms dlm bas rapid, balik dr low yat. hehe. Budak ni bnyk 'infotainment'. Selalu buat lawak gak, bila kdg2 ayat yg kuar dr mulut dia x dijangka. Jarang naik angin, tp bila dia naik angin, aku x berani nk approach sbb dia akan gunakan 'silent treatment' seram!!! hehe. Kat Kuching kami duduk rumah dia, so thanks to mak bapak hoenese yg bg pinjam rumah. Dia ni driver aiin. Kalau kereta aku Aman yg pandu, kereta Aiin dipandu oleh Hoenese.

Kak Ijan

Kecik je orangnya. Minat lagu korea mcm aku juga. Dgn kak ijan ni, enjoy enjoy juga, tp bila time solat mst dia akan ingatkan.. hehe thanks kak ijan.

Kak Ja

Kalau orang yg x kenal kak ja ni mst ingat dia ni pendiam & pemalu. Tapi dorang x tau kat rumah Kak Ja mcmna. Dia la yg paling suka buat lawak bodoh masa aku 1 rumah dgn dia waktu sem 1 dulu.

Kak pah

Comel & gila!! Kak pah ni kadang2 matang, & kadang2 keanak-anakan. Kak pah ni Aman versi perempuan. Nmpk je laki cute sikit, mula la nk ngorat. Kadang2 aku pn terikut perangai dia. *KADANG-KADANG* ok!!. Bila dia cakap sarawak aku cuma faham 20% je. huhu. Dgn kak pah ni pun 1st time aku cakap dgn dia dlm bas. X ingat samada waktu pergi atau balik dr perjumpaan Kesatria (np bnyk org aku ckp dlm bas ni??). Di Sibu kami menumpang di rumah Kak pah. Layan yg kakpah & family bagi mmg superb la!!. Arigatou gozaimasu!

Kak Yan

Aku 1 rumah dgn dia waktu sem 1 dulu. Walaupun kak ja paling tua antara semua, tp kak yan yg nampak paling matang. Matang2 kak yan pun, senstitif level dia tahap maximum. hehe. mmg senang la nak tgk air mata kak yan ni.

Najib

Dia muda 2 hari dr aku. Jadi minat dia lebih kurang mcm aku(??). Tapi bila bcakap dgn Najib ni bnyk butir bahasa dia yg x dapat aku tangkap & faham. X tau la sbb dia ni org Kelantan ke apa sbb Kak Ijan pun orang Kelantan, tp aku faham je apa yg kak Ijan ckp. Memandangkan Najib ni muda 2 hari dr aku, aku rasa mcm dia ni adik aku je.. haha.

Nurul
Bekas kwn sebilik aku masa aku part 1. 1st time aku jumpa dia masa dlm Pusat Islam di Induk Uitm. X sangka kita jd kwn serumah ye... Kuat gila melatah budak ni. Masa sem 1, bnyk jgak tindak tanduk budak ni yg mengejutkan aku ni. Trasa mcm culture shock pun ada.. hehe. contohnya bila dia ___________ & ____________ & __________ (tpaksa dirahsiakan demi menjaga nama baik beliau & maruah penulis) hehe. Nurul ni pun suka menyanyi. Pnah masa aku 1 bilik dgn dia, dia menyanyi time aku tido??!! Trus tjaga aku. huhu. Aku ingat lagi dulu sblm tido, mst kitaorang akan bersembang. Dia katil bawah, aku katil atas (bayangkan aku kena naik tangga naik atas??!! kejam btol dia.. huhu). Kalau dh siap nk tido pukul 1 pg, pkul 2 pun x tentu dh tido sbb bersembang punya pasal.. hehe. Rindunya aku dgn waktu tu.
.
Weng

Waktu presentation, suara dia ni mmg KUAT!! dia mmg yakin waktu presentation. Budak ni pun sensitif jugak. Bila teringat mummy dia dia mst nangis. Lagi kecik dr kak ijan. Kecil kecil cili api budak ni sbb dia ramai 'connection'. hehe

Aku

X tau la apa yg dorang fikir tentang aku. Dorang pnah kata aku ni baik.. (yeke??!!) tp aku rasa mcm makin corrupted bila kwn dgn dorang.. hohoho. Wpun aku ni secara x sengaja 'buat muka', tp kadang2 muka ni suka menipu.. mungkin sbb kening aku yg suka berkerut? apa2 hal pun, kalau ada salah & silap, ampun & maaf diucapkan (mcm nk raya je)

* tanda (??) - menunjukkan ketidak pastian & kepelikan aku


*Nurul & Kak Yan tiada di dalam gmbr. Gambar ini di ambil waktu jamuan raya di rumah aku*

Friday, July 10, 2009

Minggu yg memenatkan

6 julai

X dpt tido sbb nak start sem baru. Sepanjang cuti, paling awal tido pukul 3 pg. alang2 x dpt tido, aku bangun bsiap nak balik ke puncak pukul 5.30 pg. X bgtau mak yg aku x tido 1 mlm, takut mak risau & x bg aku bwk keta balik. Dlm pukul 6.20 pg, aku betolak ke puncak. Lama x jumpa kwn2, & 1st klas utk isnin klas multimedia, tp x de lecturer dtg so lps 40 min tunggu, kami sume balik. Balik cuba tido, tp x dpt. Tgh hr pulak klas marketing. Lecturer bujang, tp gaya dia agak menakutkan.. hihi. harap2 aku boleh 'hidup' dlm klas dia. Mlm tu aku tido pukul 3 pg setelah beratus kali pusing kanan & kiri atas tilam sbb x dpt tido.


7 julai
Hari ni ada klas BEL (meeting). So pagi tu aku start enjin keta, tp keta x mau start!!! aku dh glabah sbb dia tunjuk yg minyak empty & bnda tu blinking.. Aku syak minyak keta kena curi. Seb baik pg tu aku klas sama ngan aiin, & naik keta dia. Klas BEL pun lecturer x masuk, so aku, aiin, honese & kak pah pg giant. Balik dt giant, g beli minyak & balik tu trus isi kat keta. Tapi still dia tunjuk yg tank empty!!! aku dh bengang.. & ktorg call lecturer programming sem lepas, En. Safawi ( Pok wi ). Pok wi kata apa ntah pasal enjin yg x masuk dlm kepala otak aku. So aku call bapak aku, & bapak & mak dtg ke puncak, & bwk makenik dr bukit jelutong. Rupanya prob bateri!!! aku mmg bnasib malang dgn bateri keta!! Masa aku sem2, keta x dpt start masa hari aku ada exam!! masalah bateri jugak! Seb baik bapak aku mintak cuti 1/2 day utk hntar aku. Kalau x, mmg aku kena repeat paper tu la...



Kpd Mak, Bapak, Hoenese, Aiin, Kak pah, & Pok wi, sorry sbb menyusahkan anda semua.. =P

8 julai
Klas jepun pg tu, & ada la blaja sikit utk jepun sem lepas.. harap2 sensei ni pun ok. Pukul 2 plak, buat julung kalinya ada perjumpaan dgn lecturers IS221. mmg best la!! lawak gile!..

9 julai
Hari ni antara hari yg paling penat! Pg ada kelas ISM dengan mantan Ketua Program IS221, ptg plak klas C++ dengan Ketua Program IS221. huhu. Utk C++, cuma 9 org je dlm klas.. KP tu plak dh ingat nama kitaorang sbb skit sgt. 2-2 klas ni mmg akan habis tepat waktunya, & takkan habis awal @ start lambat. mmg penat hr khamis!! Disebabkan tu, aku sakit kepala gila!! terpaksa telan panadol 2 biji.

---- Hr ni bday bapak & ayah lang. Memandangkan aku bz, aku call bapak dlm pukul 8 mlm & bapak kata aku 2nd last antara adik bradik aku yg call bpk aku. Sorry bpk.. Ayah lang pulak aku x de nombor sbb sim kad yg lama dulu hilang & bila try call anaknya, x diangkat plak.

10 julai
Aku skarang dh brada di rumah family aku, pg td ada klas dlm 1 jam kot.. utk medical records. & subjek ni antara subjek yg ada research. Sem ni je, ada 3 subjek utk wat research. huhu. Family aku agak ramai yg dlm bidang hospital ni... myb nnt try tny maziah kalau dia blh tolong aku.. hehe

Friday, July 3, 2009

sims oh sims

Rabu lepas aku, bapak & irfan pergi ke digital mall pj. Tujuan : utk beli laptop mastura. Dlm pukul 8 kot ktorang betolak ke sana. Bapak aku punya la semangat nak beli laptop utk dia, smpai cr apa yg patut ada kat laptop tu dlm internet & siap print out lg information yg dia dpt.

Smpai sana, bapak aku mintak pndapat aku.. huhuh aku x tau la taste mastura utk laptop camne sbb aku tau dia msti nk yg kaler punye. tp, budget plak lari sbb kalau nak beli laptop utk dia, patutnya yg basic aje (lain la mcm aku yg belajar pasal system.. hehe). Tapi aku pun tau yg mastura ni simple je, asalkan keypad ok, & touch pad pun ok, yg selesa, dia x kan banyak komen.. kan? kan? mastura? hehe. Jadi sudahnya aku pilih laptop toshiba. Aku sebanrnya nak cari laptop acer mcm aku utk mastura, tp x nampak pon... x pela, walaupun nampak simple je laptop mastura, at least specs dia agak bagus dr laptop aku.

----mak aku ada tanya aku "nak ke mak belikan laptop apple?" hohohoho. & aku dah berangan nak laptop apple. hihi

Sbnrnya dlm seminggu ni dh 3 kali aku ke digital mall..
1 - masa cari charger bateri laptop 'HP' mak

2 - Nak cari toner laserjet Lexmark, tp disebabkan harga toner mahal gile bapak smpai rm1800, mak aku buat keputusan nak beli laserjet baru 'OKI' yg harga toner dia jauh lg murah dr toner lexmark. Harga OKI tu rm999. yg pelik tu, skang ni ada masalah dia x nak print plak.. hari tu boleh. huuuuh. family aku ni mmg bernasib malang dgn printer. kalau diikutkan sejak beli printer pertama, dah ada 15 printer kot

3- Rabu yg lepas utk beli laptop mastura.

Masa pegi digital mall memula, aku teringin nak beli cd sims, sbb cd sims kat rumah aku dh hilang. so, niat nak beli ada, cuma aku tahan nafsu lagi. Kali ke-2 pun sama, aku tahan tangan aku dr nak bayar cd tu.. & kali ke-3, aku x boleh tahan. Bila Irfan pun nak beli pc game, aku pun apa lg.. belek2 cd sims yg ada.

Bila aku tanya sims 3 berapa, dia jawab rm10.. aku terdiam (ingat salah dengar) aku tanya lg.. betul ke rm10, sbb MURAH gila!!!

Soalan : Knp aku cakap mcm tu?

Jawapan : Dlm tahun 2005, aku , mastura, kwn aku - nazrah, kak ain & kak nurul jalan2 kat mid valley. Kami masuk ke kedai computer (niat nak beli cd sims). Kami tanya orang kedai tu, 1 cd brape. dia kata rm 8. Serentak kami beramai-ramai cakap "wa... murah la cam tu" & kami pun mengambil sims 2, sims university, & sims apa ntah x ingat lalu ke kaunter. Smpai kat sana, amount yg kuar dlm seratus lebih. Semua terdiam. Bila tanya knp harga smpai seratus lebih sedangkan ambik cd dlm 4 je.. dia pun jawab "1 cd rm 8. Dlm sims 2, ada 4 cd so harga sims 2 RM32" baru la kami semua faham, Sbb mana la ktaorang pernag beli cd game. hehe.

Walaupun aku dh beli sims3, tp aku masih x dpt main game tu sbb bila nak install, dia mintak password!!!! aku pun lupa nak mintak password kat orang tu!! punya la bongok aku ni. malas nye nak ke sana lg nak mintak password semata-mata. aku dh try cr password sims3 kat internet, tp x jumpa!! what to do??

p/s ; abg siddiq! boleh x abg siddiq g sana mintak password sims3? hehe.

Wednesday, July 1, 2009

undecided title

Misi aku sebelum start sem : nak blogging bnyk2 biar mastura terkejut baca.. hehehe.

ok, sejak mastura & adah mulakan hidup baru, aku rasa sunyi... ya, mata anda tidak rabun, sy s.u.n.y.i. (agak ego nak bgtau.. hehe. & mas, plz don't bangga diri @ riak). perasaan aku seperti seorang ibu yg baru kawinkan anaknya.. (erk, lebih kurang la...) tp 1 bnda yg pasti, mak aku nangis lepas hantar mastura ke ukm.

aku sbnrnya baru balik dr kampung (balik kg lg??!!) smlm.. sbb hantar opah, opah ende, wancik, saffiyah & adah balik kg. Disebabkan opah x bagi aku balik kl sorang2, abg siddiq dengan paksa rela menemani aku... hehe. Kalau bukan sebab sem nak start balik, aku akan lepak kat kampung lama2! jadi aku balik ke kl hari keesokannya (penat kan?).

Bagi aku, cuti sem ni agak bermakna bagi aku, sbb aku ke sarawak, & walaupun tiap2 minggu balik ke kg, tp cuma dlm 2 hari je (sabtu ahad) aku masih dapat jumpa kawan2 lama! sedihnya, x dpt borak lama. yg bestnya, aku asyik berselisih dgn kwn skolah aku, tp x smpt nk tegur... huhu

Balik dr kampung, dgn berisikan durian yg memenuhi kereta, aku tpaksa menahan pening bau durian!! & sepanjang perjalanan balik, abg siddiq x tido!! ya, pelik tp benar! & dia yg bnyk bersembang dlm keta. aku x bnyk ckp sbb aku driver & aku kena bwk keta betul2..(konon)
Lepas hantar abg siddiq, aku smpai rumah dlm pukul 9 mlm.. & rumah aku pulak yg dipenuhi bau 'doyan'

p/s = insyaAllah next week aku balik kampung lagi sbb 2 pupu aku, abg wan akan bnikah di ipoh