Saturday, February 6, 2010

Ustazah Rock

Aku terbaca post ni kat blog alijanggut & yg membaca patut ambil pedoman. Tajuk post ni ustazah rock?? Batas antara lelaki & perempuan bukan setakat kulit sahaja, tapi ada batasan dari lenggokan suara, gaya tubuh, & lain2. Jangan ingat boleh selamba pegang & sentuh yg bukan muhrim walau ada kain.


Dia seorang yang cuba mengawal diri setelah terdedah dengan dunia luar...
Banyak gaya kehidupan bebas di sekeliling dia...

Beda dengan hidup dia sewaktu belajar,
sahabat-sahabat yang sentiasa menjaga batasan dalam pergaulan..

Kini..
ditempat kerja, pergaulan yang dilihat agak bebas, dan dia masih menjaga dirinya..

Selamat rasa dia jika bergaul dengan lelaki yang tahu batas2 pergaulan,
Gundah rasa dia jika bergaul dengan lelaki yang kelakuan bebas..
Kenapa tidak dielak?
Kerana mereka bekerja di bawah bumbung yang sama...

Sentiasa dia ingat,
"Tegaskan suaramu apabila berbicara dengan bukan muhrim,
Tegaskan langkah dan caramu bila berhadapan dengan mereka"

Mungkin kerana pendirian itu,
Dia dianggap "ganas" - "sombong" - "tak makan saman"
Namun dia tak pernah kecewa dengan title itu kerana bagi dia itu adalah title yang menjaga dirinya dari jatuh ke dalam kemanisan pergaulan bukan mahram..

Ada ketikanya,
rakan sekerja(lelaki) suka bergurau dengan cara bertepuk tampar,
namun dia pandai menjauhkan diri dari rapat dengan lelaki tersebut,
berborak, bergurau, dalam jarak yang memang dia sudah tetapkan jika berhadapan lelaki,
"1 meter away from me please....."
namun...
suatu hari,
si lelaki menepuk bahu dia dan juga lengan dia,
terasa jatuh jantung dia,
~tak pernah lelaki perlakukan dia sebegitu kecuali keluarga dia~

"boleh tak laen kali jangan betepuk tampar macam tu"
"lek arr, bukan kene kulit ko pun, air smayang pun tak batal"
"hmmm.... kalo babi hutan pakai baju menggesel gesel kat ko, ko nak ke?"
"ko sama kan diri ko ngan babi?"
"aku sama kan haram nya aku kat ko sama ngan haram nya babi kat ko"
"perrghhhh.... ustazah betol la ko ni"
"ustazah kepala ko! ni lah dia habitat yang tak tahu nak beza mana lagi haram"

dia tahu teguran dia kasar,tapi dia juga tahu teguran yang kasar itu tepat pada orang yang kasar..
dia tidak mahu jadikan pegaulan sebebas itu sebati dengan hidup dia,
kerana itu dia harus menjadi kasar di depan habitat yang tahu tapi wat2 tak tahu apa itu haram, apa itu halal, apa itu boleh, apa itu tak boleh.

Jadi dia persetankan aja jika dipanggil "ustazah rock"

Sumber : bintunowawi



"Ditikam salah seorang daripada kamu dengan jarum daripada besi pada kepalanya adalah lebih baik baginya daripada dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya." (Hadis riwayat Thabrani)
----------------------------------------------------


Ù‡Sesungguhnya Allah telah memfardhukan pelbagai perkara wajib, maka janganlah kamu mengabaikannya, dan telah menetapkan had bagi beberapa keharusan, maka janganlah kamu melewatinya, dan juga telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu mencerobihinya, dan juga telah mendiamkan hukum bagi sesuatu perkara, sebagai rahmat kemudahan buat kamu dan bukan kerana terlupa, maka janganlah kamu menyusahkan dirimu dengan mencari hukumannya" ( Riwayat Ad-Dar Qutni, ; Ad-Dar Qutni : Sohih, An-Nawawi : Hasan )