Monday, June 21, 2010

Daddy Long Legs

Sekarang dah pukul 3.30 pagi & aku masih belum tidur. Aku baru selesai baca manhwa Daddy Long Legs. Bengkak mata aku menangis. Cerita ni memang sedih & unik. Aku pernah tengok movie DLL ni dulu & tu pun aku menangis jugak. DLL yang aku maksudkan adalah versi Korea. Disebabkan aku malas nak tulis review cerita tu, kalau nak tau cerita ni pasal apa, tengok ni.

Monday, June 14, 2010

Update nak tak nak...

Lama rasanya aku tak post apa2 kat blog ni. Nampak gayanya setiap sem cuma 1 benda yg aku akan post. hehe. Aku tak post apa2 disebabkan sibuk... sibuk baca komik, tengok drama jepun & korea, sibuk dengan family & sibuk membazirkan masa :)

Sejak cuti, aku lebih suka duduk di rumah, menghabiskan komik2 yg aku download masa sem 5. Walaupun korang yg membaca blog ni rasa cuti aku mcm membosankan, tapi sebenarnya banyak aktiviti yg aku dh buat sepanjang cuti ni. Tiap minggu mesti ada 'benda'

Cuti sem ni aku dah ke Sabah dengan budak2 is221 stpm part 5 & dip part 6. Kenangan di Sabah mmg tak dapat dilupakan & lepas balik pun sama sbb aku sbg S/U kena siapkan report. (bayangkan aku yang tak suka menulis ni kena buat report.. sapela yg vote aku jadi S/U ni. mmg aku sumpah seranah dia masa aku tulis report hari tu.. hehe)

28 jun
Family besar belah bapak aku buat bowling tournament. Family yg digelar Family Maasom Akidah ni terdiri dari family 1 moyang. Walaupun aku tak main, tapi aku happy sebab boleh jumpa cousins, uncles & aunties. yang paling happy sekali, mestilah bapak aku sbb jumpa cousins dia.

29 jun
Family Maasom-Akidah adakan pertemuan jejak kasih dengan family Maasom-yang Lasah. Maasom (moyang kami (Maasom) dia kahwin 3. moyang Akidah isteri pertama & moyang Lasah isteri ke 3. walaupun aku x kenal sape2 keturunan Maasom - Lasah, tapi aku tetap enjoy kat sana sbb makanan sana sedap bangat!.. hehe. Btw, Lasah bukan nama moyang tapi nama tempat. Aku guna perkataan Lasah sbb x tau nama moyang tu.

5-7 jun
Family day Maasom Akidah ke-7. Bila jumpa dgn family biasala, bergossip, menggedik dgn camera etc.. Family day ni kat Teluk Kemang PD, so kitaorang mandi laut & disebabkan the whole resort tu family kami yg duduk, dengan sesuka hatinya kitaorang buat bising sampai 2 pagi & menyelam kat swimming pool. hehe. Yang paling best bila kat tepi swimming pool bila uncles main gitar, kami menyumbangkan suara.. hehe.

Paling best aktiviti sukan untuk rumah. ada 3 rumah; Merah, Biru & Hijau. Aku rumah merah & aktiviti yg aku masuk ialah tarik tali. hohoho. walaupun badan nampak besar, tapi tenaga kecik je.. but still, tarik tali perempuan merah dapat no.2. Balik dari family day walaupun badan penat, mlm tu kitaorang kuatkan semangat untuk main bowling (aktiviti biasa tiap isnin) dengan tujuan : bergossip lagi. hehe.

12 jun
Sabtu lepas pulak, adik sepupu mak aku kahwin kat pahang. 1st time aku jejakkan kaki kat pahang (cameron x dikira). Kat sana kami duduk kat 'Rumah Rehat Bukit Residen'. Nasib kami baik sbb dapat duduk kat bilik V.I.P. Kami dpt tau yg bilik tu bilik sofea jane bila dia balik pahang. Hotel tu dia yang punya. Design rumah tu mmg cantik. Aku suka rumah yg klasik ni. Lagipun rumah tu dulu residen british, Hugh Clifford yg duduk. kalau tak silap aku, rumah tu dibina tahun 1922 kot. Nasib baik x jumpa 'apa2' sbb tadi aku baru tau yg rumah tu agak 'keras'.. woooo...