Monday, July 25, 2011

title : none at the moment

sekarang ni pagi2 aku slalu ada perasaan cemburu. jealous dgn adik aku dgn bapak aku. kenapa? sebab adik aku cuti sem & bapak aku dah pencen. sangat jealous ok!!!

bapak aku dengan rasminya dah pencen masa bday dia baru2 ni. kagum sangat sbb bapak aku kerja 30 tahun dengan company yg sama!!!! aku yang baru kerja 6 bulan ni pun rasa nak berenti kerja hahaha. Sejak bapak aku pencen, aku kena survive sndiri. dulu bapak yg bawak keta. tapi sejak dia pencen, aku kena bawak keta sndiri. macam pelik je. aku yg dulu takut nak bawak keta, dah biasa bawak keta. kat kl pulak tuuuuuu. & aku yg dulu 3 tahun sekali baru jejak kaki ke KLCC, sekarang tiap2 hari aku g sana. hehe.

Aku sekarang tunggu masa nak cabut je dari company sekarang. niat nak sambung belajar, tapi kena pikir betul2 dulu sbb bapak aku dh pencen. kalau aku berenti, maksudnya mak aku sorang yg tanggung family. hmmm... apa2 pun, aku kena buat solat istikarah nanti.

Oh ya, sempena bday bapak aku & hari dia pencen, aku hadiahkan quran digital. ingatkan nak beli massage chair, tapi pikirkan baik kumpul pahala dulu. sambil2 tu boleh aku guna skali hehehe. office dia pulak bagi jam mont blanc, pen cross, pen sheaffer, cawan royal selangor, gold coin, & bowling ball. elok sangat la... sengkek2 nanti boleh gadai. hahaha

Saturday, July 2, 2011

How Dare Youuuuuuuu

Dia nak kahwin... hahahhahaa...

Dia ajak pergi wedding dia, nak bagi alasan apa ek?
1. hari tu birthday bapak, so tak dapat nak pergi
2. ada perhimpunan BERSIH, banyak jalan tutup

hahaha... boleh tak guna alasan no 2 tu?.. jadi dengan SUKAcitanya aku tak dapat pergi..aku tak nak jadi awkward kalau jumpa dia. huhu





*oh, perasaan itu, dah lama aku lupakan... sekarang aku rasa macam dah jadi orang tua. isnin - jumaat kerja, sabtu ahad duduk rumah.. & akan ulang benda yg sama minggu seterusnya *sigh~*

i want to fall in loooveee... huhu