Monday, July 25, 2011
title : none at the moment
Saturday, March 12, 2011
Apa kita rasa, tak sama macam orang sana rasa
Sunday, December 19, 2010
Bowling Maasom Akidah
Tuesday, November 30, 2010
Topik serius.... "politik" hehe
Monday, June 14, 2010
Update nak tak nak...
Sejak cuti, aku lebih suka duduk di rumah, menghabiskan komik2 yg aku download masa sem 5. Walaupun korang yg membaca blog ni rasa cuti aku mcm membosankan, tapi sebenarnya banyak aktiviti yg aku dh buat sepanjang cuti ni. Tiap minggu mesti ada 'benda'
Cuti sem ni aku dah ke Sabah dengan budak2 is221 stpm part 5 & dip part 6. Kenangan di Sabah mmg tak dapat dilupakan & lepas balik pun sama sbb aku sbg S/U kena siapkan report. (bayangkan aku yang tak suka menulis ni kena buat report.. sapela yg vote aku jadi S/U ni. mmg aku sumpah seranah dia masa aku tulis report hari tu.. hehe)
28 jun
Family besar belah bapak aku buat bowling tournament. Family yg digelar Family Maasom Akidah ni terdiri dari family 1 moyang. Walaupun aku tak main, tapi aku happy sebab boleh jumpa cousins, uncles & aunties. yang paling happy sekali, mestilah bapak aku sbb jumpa cousins dia.
29 jun
Family Maasom-Akidah adakan pertemuan jejak kasih dengan family Maasom-yang Lasah. Maasom (moyang kami (Maasom) dia kahwin 3. moyang Akidah isteri pertama & moyang Lasah isteri ke 3. walaupun aku x kenal sape2 keturunan Maasom - Lasah, tapi aku tetap enjoy kat sana sbb makanan sana sedap bangat!.. hehe. Btw, Lasah bukan nama moyang tapi nama tempat. Aku guna perkataan Lasah sbb x tau nama moyang tu.
5-7 jun
Family day Maasom Akidah ke-7. Bila jumpa dgn family biasala, bergossip, menggedik dgn camera etc.. Family day ni kat Teluk Kemang PD, so kitaorang mandi laut & disebabkan the whole resort tu family kami yg duduk, dengan sesuka hatinya kitaorang buat bising sampai 2 pagi & menyelam kat swimming pool. hehe. Yang paling best bila kat tepi swimming pool bila uncles main gitar, kami menyumbangkan suara.. hehe.
Paling best aktiviti sukan untuk rumah. ada 3 rumah; Merah, Biru & Hijau. Aku rumah merah & aktiviti yg aku masuk ialah tarik tali. hohoho. walaupun badan nampak besar, tapi tenaga kecik je.. but still, tarik tali perempuan merah dapat no.2. Balik dari family day walaupun badan penat, mlm tu kitaorang kuatkan semangat untuk main bowling (aktiviti biasa tiap isnin) dengan tujuan : bergossip lagi. hehe.
12 jun
Sabtu lepas pulak, adik sepupu mak aku kahwin kat pahang. 1st time aku jejakkan kaki kat pahang (cameron x dikira). Kat sana kami duduk kat 'Rumah Rehat Bukit Residen'. Nasib kami baik sbb dapat duduk kat bilik V.I.P. Kami dpt tau yg bilik tu bilik sofea jane bila dia balik pahang. Hotel tu dia yang punya. Design rumah tu mmg cantik. Aku suka rumah yg klasik ni. Lagipun rumah tu dulu residen british, Hugh Clifford yg duduk. kalau tak silap aku, rumah tu dibina tahun 1922 kot. Nasib baik x jumpa 'apa2' sbb tadi aku baru tau yg rumah tu agak 'keras'.. woooo...
Friday, December 18, 2009
You made us proud
Aku : (tengok nama pemanggil dahulu. Adik aku rupanya.. dengan penuh kemalasan aku menjawab panggilan ) Hello... hurm.. naphe.. ngah idor nih.. (kenapa? tengah tidur ni)<--
Mastura : Kakyong, awak tau tak yang rupanya dah boleh check result?
-2 pm -
Aku bermonolog : Tadi rasa mcm mastura ada call.. betul ke dia dapat 3.95? ke aku mimpi je? (lalu aku terus call adik aku)
Aku : Mastura, tadi awk ada call kakyong ke masa kakyong tidur tadi?
Aku : berapa awak dapat?
Mastura : 3.95
Aku : huh!! Itu bukan biasa, tapi LUAR BIASA!!
*Aku bukannya tidur smpai pukul 2pm tu.. aku tidur balik dr pukul 11am sebab nak bawak kereta balik kampung. Jadi aku kena tidur dulu untuk kumpul tenaga. Pagi tu aku dah teman mak aku ambil kek di P.J tau.. ^_^*
Di atas antara situasi waktu aku terima berita keputusan peperikasaan adik aku, Mastura. Aku tak hairan sebenarnya dia dapat keputusan gempak macam tu. erk.. heran juga la.. sebab waktu gap antara paper, dia tengah gilakan cerita korea boys over flowers.. hehe.. ada 1 hari tu dia tak study langsung sebab dia tengok ‘BALIK’ cerita boys over flowers tu.
Dari segi pemerhatian aku, keputusan yg dia peroleh itu memang berkat D.U.I.T (doa, usaha, ikhtiar, tawakkal) Antara anak2 En. Nasrun Sani & Pn. Rosnah, anak kedua mereka ni memang yang paling menyenangkan hati. Kenapa aku kata dia paling menyenangkan hati :
1) Paling kurang gunakan @ minta duit. Tapi duit selalu habis kat dia juga. Contohnya: duit minyak & tol utk hantar dia balik UKM memang banyak betul! Hehe
2) Satu-satunya yg kurus. Hoho
3) Berperanan sebagai tukang ceceh bila adik beradik yg lain lambat solat
4) Macam lipas kudung bila mengemas rumah. Aku memang tabik spring la bab ni
5) Paling menjaga hati orang lain (tapi hati aku dia taknak jaga.. hahah)
6) Erk.. cukuplah sampai 6 je. Kalau puji lebih2 takut dia riak. Hehe
Antara adik2 aku yg lain, aku paling rapat dengan dia sbb beza umur kami tak jauh. Bagi aku, adik aku ni terlalu baik (walaupun aku selalu bergaduh dengan dia.. huhu). Doa aku sebagai seorang kakak, semoga apa yang dihajatinya termakbul dan biarlah dia berjaya di dunia & di akhirat.

Friday, July 10, 2009
Minggu yg memenatkan
X dpt tido sbb nak start sem baru. Sepanjang cuti, paling awal tido pukul 3 pg. alang2 x dpt tido, aku bangun bsiap nak balik ke puncak pukul 5.30 pg. X bgtau mak yg aku x tido 1 mlm, takut mak risau & x bg aku bwk keta balik. Dlm pukul 6.20 pg, aku betolak ke puncak. Lama x jumpa kwn2, & 1st klas utk isnin klas multimedia, tp x de lecturer dtg so lps 40 min tunggu, kami sume balik. Balik cuba tido, tp x dpt. Tgh hr pulak klas marketing. Lecturer bujang, tp gaya dia agak menakutkan.. hihi. harap2 aku boleh 'hidup' dlm klas dia. Mlm tu aku tido pukul 3 pg setelah beratus kali pusing kanan & kiri atas tilam sbb x dpt tido.
7 julai
Hari ni ada klas BEL (meeting). So pagi tu aku start enjin keta, tp keta x mau start!!! aku dh glabah sbb dia tunjuk yg minyak empty & bnda tu blinking.. Aku syak minyak keta kena curi. Seb baik pg tu aku klas sama ngan aiin, & naik keta dia. Klas BEL pun lecturer x masuk, so aku, aiin, honese & kak pah pg giant. Balik dt giant, g beli minyak & balik tu trus isi kat keta. Tapi still dia tunjuk yg tank empty!!! aku dh bengang.. & ktorg call lecturer programming sem lepas, En. Safawi ( Pok wi ). Pok wi kata apa ntah pasal enjin yg x masuk dlm kepala otak aku. So aku call bapak aku, & bapak & mak dtg ke puncak, & bwk makenik dr bukit jelutong. Rupanya prob bateri!!! aku mmg bnasib malang dgn bateri keta!! Masa aku sem2, keta x dpt start masa hari aku ada exam!! masalah bateri jugak! Seb baik bapak aku mintak cuti 1/2 day utk hntar aku. Kalau x, mmg aku kena repeat paper tu la...
Kpd Mak, Bapak, Hoenese, Aiin, Kak pah, & Pok wi, sorry sbb menyusahkan anda semua.. =P
8 julai
Klas jepun pg tu, & ada la blaja sikit utk jepun sem lepas.. harap2 sensei ni pun ok. Pukul 2 plak, buat julung kalinya ada perjumpaan dgn lecturers IS221. mmg best la!! lawak gile!..
9 julai
Hari ni antara hari yg paling penat! Pg ada kelas ISM dengan mantan Ketua Program IS221, ptg plak klas C++ dengan Ketua Program IS221. huhu. Utk C++, cuma 9 org je dlm klas.. KP tu plak dh ingat nama kitaorang sbb skit sgt. 2-2 klas ni mmg akan habis tepat waktunya, & takkan habis awal @ start lambat. mmg penat hr khamis!! Disebabkan tu, aku sakit kepala gila!! terpaksa telan panadol 2 biji.
---- Hr ni bday bapak & ayah lang. Memandangkan aku bz, aku call bapak dlm pukul 8 mlm & bapak kata aku 2nd last antara adik bradik aku yg call bpk aku. Sorry bpk.. Ayah lang pulak aku x de nombor sbb sim kad yg lama dulu hilang & bila try call anaknya, x diangkat plak.
10 julai
Aku skarang dh brada di rumah family aku, pg td ada klas dlm 1 jam kot.. utk medical records. & subjek ni antara subjek yg ada research. Sem ni je, ada 3 subjek utk wat research. huhu. Family aku agak ramai yg dlm bidang hospital ni... myb nnt try tny maziah kalau dia blh tolong aku.. hehe
Friday, July 3, 2009
sims oh sims
Smpai sana, bapak aku mintak pndapat aku.. huhuh aku x tau la taste mastura utk laptop camne sbb aku tau dia msti nk yg kaler punye. tp, budget plak lari sbb kalau nak beli laptop utk dia, patutnya yg basic aje (lain la mcm aku yg belajar pasal system.. hehe). Tapi aku pun tau yg mastura ni simple je, asalkan keypad ok, & touch pad pun ok, yg selesa, dia x kan banyak komen.. kan? kan? mastura? hehe. Jadi sudahnya aku pilih laptop toshiba. Aku sebanrnya nak cari laptop acer mcm aku utk mastura, tp x nampak pon... x pela, walaupun nampak simple je laptop mastura, at least specs dia agak bagus dr laptop aku.
----mak aku ada tanya aku "nak ke mak belikan laptop apple?" hohohoho. & aku dah berangan nak laptop apple. hihi
Sbnrnya dlm seminggu ni dh 3 kali aku ke digital mall..
1 - masa cari charger bateri laptop 'HP' mak
2 - Nak cari toner laserjet Lexmark, tp disebabkan harga toner mahal gile bapak smpai rm1800, mak aku buat keputusan nak beli laserjet baru 'OKI' yg harga toner dia jauh lg murah dr toner lexmark. Harga OKI tu rm999. yg pelik tu, skang ni ada masalah dia x nak print plak.. hari tu boleh. huuuuh. family aku ni mmg bernasib malang dgn printer. kalau diikutkan sejak beli printer pertama, dah ada 15 printer kot
3- Rabu yg lepas utk beli laptop mastura.
Masa pegi digital mall memula, aku teringin nak beli cd sims, sbb cd sims kat rumah aku dh hilang. so, niat nak beli ada, cuma aku tahan nafsu lagi. Kali ke-2 pun sama, aku tahan tangan aku dr nak bayar cd tu.. & kali ke-3, aku x boleh tahan. Bila Irfan pun nak beli pc game, aku pun apa lg.. belek2 cd sims yg ada.
Bila aku tanya sims 3 berapa, dia jawab rm10.. aku terdiam (ingat salah dengar) aku tanya lg.. betul ke rm10, sbb MURAH gila!!!
Soalan : Knp aku cakap mcm tu?
Jawapan : Dlm tahun 2005, aku , mastura, kwn aku - nazrah, kak ain & kak nurul jalan2 kat mid valley. Kami masuk ke kedai computer (niat nak beli cd sims). Kami tanya orang kedai tu, 1 cd brape. dia kata rm 8. Serentak kami beramai-ramai cakap "wa... murah la cam tu" & kami pun mengambil sims 2, sims university, & sims apa ntah x ingat lalu ke kaunter. Smpai kat sana, amount yg kuar dlm seratus lebih. Semua terdiam. Bila tanya knp harga smpai seratus lebih sedangkan ambik cd dlm 4 je.. dia pun jawab "1 cd rm 8. Dlm sims 2, ada 4 cd so harga sims 2 RM32" baru la kami semua faham, Sbb mana la ktaorang pernag beli cd game. hehe.
Walaupun aku dh beli sims3, tp aku masih x dpt main game tu sbb bila nak install, dia mintak password!!!! aku pun lupa nak mintak password kat orang tu!! punya la bongok aku ni. malas nye nak ke sana lg nak mintak password semata-mata. aku dh try cr password sims3 kat internet, tp x jumpa!! what to do??
p/s ; abg siddiq! boleh x abg siddiq g sana mintak password sims3? hehe.
Wednesday, July 1, 2009
undecided title
ok, sejak mastura & adah mulakan hidup baru, aku rasa sunyi... ya, mata anda tidak rabun, sy s.u.n.y.i. (agak ego nak bgtau.. hehe. & mas, plz don't bangga diri @ riak). perasaan aku seperti seorang ibu yg baru kawinkan anaknya.. (erk, lebih kurang la...) tp 1 bnda yg pasti, mak aku nangis lepas hantar mastura ke ukm.
aku sbnrnya baru balik dr kampung (balik kg lg??!!) smlm.. sbb hantar opah, opah ende, wancik, saffiyah & adah balik kg. Disebabkan opah x bagi aku balik kl sorang2, abg siddiq dengan paksa rela menemani aku... hehe. Kalau bukan sebab sem nak start balik, aku akan lepak kat kampung lama2! jadi aku balik ke kl hari keesokannya (penat kan?).
Bagi aku, cuti sem ni agak bermakna bagi aku, sbb aku ke sarawak, & walaupun tiap2 minggu balik ke kg, tp cuma dlm 2 hari je (sabtu ahad) aku masih dapat jumpa kawan2 lama! sedihnya, x dpt borak lama. yg bestnya, aku asyik berselisih dgn kwn skolah aku, tp x smpt nk tegur... huhu
Balik dr kampung, dgn berisikan durian yg memenuhi kereta, aku tpaksa menahan pening bau durian!! & sepanjang perjalanan balik, abg siddiq x tido!! ya, pelik tp benar! & dia yg bnyk bersembang dlm keta. aku x bnyk ckp sbb aku driver & aku kena bwk keta betul2..(konon)
Lepas hantar abg siddiq, aku smpai rumah dlm pukul 9 mlm.. & rumah aku pulak yg dipenuhi bau 'doyan'
p/s = insyaAllah next week aku balik kampung lagi sbb 2 pupu aku, abg wan akan bnikah di ipoh
Thursday, June 25, 2009
Sebelum sem bmula.. uhuk
Kat kampung memang penat... wpun aku bawak laptop, to x de masa nak guna. Kalau x kuar shopping beli barang mastura yg nak masuk UKM kat Kuala Kangsar, kitaorang bersembang dgn tok, pah, maksu, pakcu @ main dgn anak2 maksu & pakcu (Hafi & Izhar comel & baik yg amat!!!!)
Kebetulan masa kami balik tu musim 'doyan', apa lg? aku pun menunjukkan bakat aku mengupas durian.. hehe walaupun aku bukannya peminat doyan. Aku cuma makan keropok & ice cream doyan je yek.. tempoyak @ sambalnya aku hanya akan makan ikut selera, masa & mood aku. hehe
Saturday, June 20, 2009
20 - 21 jun 09
Wednesday, May 27, 2009
Iklan sebentar...
Situasi : Mak, Bapak, Kakyong, Kaknyah & Adah di ruang tamu sambil menonton tv.
Kaknyah : Heh, nanti tinggal mak dgn bapak je la kat rumah. Adah dah pindah kampung, Irfan maybe g Pahang, Kaknyah pulak X tau dpt kat mana2 insyaAllah, & kakyong kat uitm.
Kakyong : Ala, nanti kakyong balik la tiap minggu.. apa susah.
Bapak : Nak risau apa? bapak cari la waheeda sorang...
Kami: hahaha (....)
---------------------------------
kejadian di atas terjadi sewaktu kami membincangkan kes ustaz akhil hayy, waheeda & (bekas?) isterinya..
Aku bknnya nak gossip pasal rumah tangga org lain, tp nk cite pasal family aku yg akan ber'pisah' sementara. Lepas cuti sekolah bln jun ni, adik bongsu aku akan pindah balik kg, sekolah di sekolah lama aku. Irfan pulak, dh dpt tawaran ke pahang utk sambung belajar. Mastura pulak blm tau result upu, tp insyaAllah dia dptla mana2 u nnt :).. & aku, di uitm & duduk di rumah sewa.. nampaknya maybe aku yg paling dkt dgn mak bapak aku kot nnt. Kalau mastura dpt UM, senang sikit dia nak balik.. X dpt aku bayangkan mak & bapak aku yg akan sunyi bila anak2 x de kat rumah.. mmg bnda ni dh dijangka, tp bkn seawal ini.. tunggu & lihat je la labu....
Monday, May 25, 2009
Cinta ke?
Dah lama bebenor rasanya teman x post blog.. Banyak sebenarne yg teman nk cite, tp utk post ni, teman nk cite pasal movie syurga cinta.. hehe. Sabtu lepas aku, mak, mas, adah & afifah tgk syurga cinta di wayang tgv metro prima kepong. Seingat aku, last cite melayu aku tgk kat cinema is movie senario yg 1st. bayangkan??!!
Nape aku nk tgk cite ni?
1. pelakon2 dia, esp. Awal Ashaari hehehe
2. Jalan cite dia menarik, ada soal agama, & syurga cinta sbnrnya cermin kehidupan msrykt kita skang..
3. Lain2 sebab.. hehe
Komen aku: Cite ni mmg best!! Lawak, sedih, & penuh dgn pengajaran. Aku x kisah kalau nak tgk cite ni banyak kali. Hati aku tersentuh waktu awal ambik air wudhuk untuk ketenangan diri lepas tgk mak bapak dia yg pulang dlm keadaan mabuk… sedih gile part tu lagi2 dengan background music yg huuuh… tersentap aku… Cite ni patutnya dpt berikan kesedaran kat bebudak muda negara kita. Tapi aku yakin yg kebanyakan remaja yg tgk cite ni Cuma anggap movie ni hiburan semata-mata. Atok Heliza dlm cite ni ada bgtau Awal yg ada 3 jenis jodoh..
1. Jodoh dari syaitan
Jodoh yg berlandaskan nafsu semata-mata.. berpegangan tangan, terlanjur & mengandung sebelum kahwin
2. Jodoh dr jin
Menggunakan ilmu hitam utk buatkan org tu sukakan kita
3. Jodoh dr Allah
Bila kita suka sama suka, lalu terus merisik dgn cara yg betul, insyaAllah berkekalan..
Bila kami kuar dr panggung, adala couple dpn kitaorang ni berpegangan tangan, adakah mereka ni jodoh dr syaitan? Entahlah.. (part ni agak keliru skit, sbb jodoh mmg dr Allah, tp dlm movie tu ada la plak jodoh dr jin & syaitan… maybe tu perumpamaan je kot..)
Spt yg kita sume sedia maklum, manusia berubah. Yg baik x semestinya kekal baik & yg jahat x semestinya jahat sampai mati. Mcm watak awal dlm cite ni, yg dh terpesong, tp boleh berubah. Selalunya org yg paling jauh dgn TuhanNya, bila insaf, akan jadi yg paling dekat disebabkan menyesal dgn dosa2 lalu.
Lelaki di akhir zaman ini
Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya
Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri
Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih berat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat
Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka
Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat
Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir
Namun kutetap berfikir..
pasti masih ada lagi
Lelaki di akhir zaman ini
Seperti yang kufikir..
Sumber : ILuvIslam
Sunday, April 5, 2009
Sedar x sedar...
2 May nnt aku punya last paper.. & lepas tu aku akan cuti sem! Pas paper nnt aku akan terus balik kg sbb ada family day kat lumut. Harap sempat hadir be4 dorang wat performance & mlm dinner. Tujuan aku tulis kali ni bukan nk cite pasal family aku yg besar dr segi kuantiti, kualiti & fizikal tu, tp pasal memori aku tahun lepas. Sedar x sedar, dh setahun rupanya sejak bapak aku sakit jantung. Masa bapak aku kena serangan tu, kebetulan aku baru balik dari uitm, & malam tu aku tengah kemas barang2 aku. Waktu tu aku rasa pukul 3 pagi kot, tetiba mak aku turun bilik bawah dlm keadaan kelam kabut. Aku pelikla & tanya knapa. Mak aku kata bapak aku sakit dada, nak g hospital. Aku dgr tu dh rasa sejuk 1 badan & tangan aku mula menggigil (aku ni senang menggigil. Ada potential utk sakit Parkinson.. nauzubillah) nasib baik waktu tu mak aku ada, baru balik dr kursus. & mastura pun ada, Cuma irfan dia keluar dgn kawan, & adik bongsu aku waktu tu dia bersekolah d kampung. Tgh kelam kabut tu yg lawaknya bila adik aku mastura dia pakai baju terbalik sbb terlalu kelam kabut.. hehe.
& mcm aku tulis td, aku bersyukur sgt bila mak aku ada, sbb bayangkan kalau mak aku x de, aku yg time tu x berani nak bwk keta lg akan buat apa? Call ambulans? Lambat smpai! Bapak aku bwk sndiri? Mustahil nak bwk dlm keadaan tgh sakit!. & Dan nasib baik jugak hospital selayang agak dekat dgn rumah aku.. Kami tunggu kat hospital tu sampai pukul 6.30 pagi sbb mak aku hantar kitaorang balik rumah & pastu dia balik hospital balik.. Waktu menunggu tu bukan aku dgn mastura je (mak aku tunggu dgn bapak aku), adik aku irfan dtg dgn kekawan dia bila aku call dia bgtau yg bapak masuk hospital. & aku bg msg kat semua family bgtau bapak aku masuk hospital.
Sepanjang minggu tu mmg penat! Penat yg amat! Dari hospital selayang, pegi ke Pantai Medical Centre sbb nak wat operation “balloon angioplasty” ? tapi aku paling tabik kat mak aku! Walaupun penat, tapi dia x mengeluh! & dia setia jaga bapak aku. Yang paling aku kagum bila dia x menangis depan anak2.. bila aku tanya dia, dia kata “Allah cuma pinjamkan bapak pada kita & Dia boleh ambil bapak bila2 masa” aku tau walaupun mak aku sedih & takut, dia kena cool dpn anak2.. aku pulak yg x leh kawal perasaan yg lawaknya mcm2 yg aku pikirkan, “masa depan” – aku x dpt peluk bapak aku dh ke? X dpt lg nak bgtau yg aku sayangkan dia ? bapak aku x smpt tgk aku grad ke? siapa yg akan walikan aku nnt? Anak2 aku x smpt jumpa tok dorang ke?. Mcm2 yg aku pikir & tiap kali aku akan nangis. & bila waktu melawat, aku cuba x menangis depan bapak aku, & aku rasa waktu tu paling susah utk x nangis..
Skarang dh dekat 1 tahun, & bapak aku dh mula makan yg bukan2 yg boleh memudaratkan dia lagi.. aku cukup risau kalau dia kena heart attack lagi. Tapi syukur bila skarang dia dh x merokok. Sekarang aku betul2 rasa yg family no 1 dlm hidup aku.. dulu aku ambik semua bnda sambil lewa, tapi skarang aku akan pastikan waktu dgn family msti ada. Aku x nak menyesal bila semuanya dh terlambat.
Thursday, February 19, 2009
Worries..
Tired, dazed, & confused. 3 ayat ni mungkin sesuai untuk mentafsirkan ‘aku’ sekarang. Minggu yg memenatkan, menekankan, menyeksakan, mengecewakan etc.. knapa? Why?.. x banyak yg aku nak tulis, sbb balik dari uitm td aku x trus tido, sbb pah & tok aku turun kl dari perak. Badan penat yg amat, tp x dpt tido sbb nak ber’mesra’ dgn dorang dulu.. hehe. Tp dpt gak tdo 1 jam, pastu bgn sbb nak berhidang utk dorang berbuka. Tok & pah aku ni, wpun dh tua, tp puasa sunat larat lg. Malu btol aku yg muda ni x ikut puasa sunat mcm dorang.
Tok aku dpt 1 buku ni, 99 nama-nama Allah. Dlm buku tu, adala di masukkan terjemahan nama2. Kebetulan pulak, nama aku ada!! Hehe. Dulu aku rasa Mardhiah maksudnya berani, tapi dlm buku ni Mardhiah maksudnya ‘Yang disayangi’. Hehe. untuk Hanis pulak, sptnya aku HanisAH sbb hanisah utk perempuan. Tapi ntah camne dpt Hanis (utk laki huhu) tapi still meaning yg sama ; ‘Yang bertaqwa’. Jadi aku, Mardhiyah Hanis bermaksud Yang disayangi dan Yang bertaqwa. Untuk ‘Mardhiah’ tu mungkin betul, hehe tapi Hanis tu aku x berani nk kata. Sbb nama ni mencerminkan diri kita kan? Pasni aku nak orang panggil aku hanis lah, supaya mjadi 1 doa agar aku seorang yg bertaqwa. Hihi.
Bsok mak aku akan ke Kelantan dgn bebudak skolah dia, sempena lawatan apa ntah. & aku yg akn dipertanggungjawabkan utk hntr tok aku g solat jumaat bsok, ambik & hntr adik aku, & masak apa2 yg patut sbb family makyang & family ayah yob maybe dtg rumah ktorg. Sblm aku mngundurkan diri, pesanan buat mastura; “kakyong harapkan awk utk kemas rumah, & lain2 ok? Hohoho”
ZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzz
Monday, February 9, 2009
Eeuuu!! Yuks!
Tgh hari td kami 1 family except adik laki aku, Irfan g ke kl.. nak beli baju uniform kadet polis untuk adik bongsu aku, adah kat lorong haji taib.. 1st time g sana.. pas selesai urusan beli baju, mak aku nak belikan buah untuk jadikan buah tangan pada wanchor aku sbb mmg nak g rumah wanchor pun. Terkejut gila aku bila tengok ramai PONDAN a.k.a MAKNYAH!!! Kat setiap lorong kedai!! Geli gila!! Bayangkan seperti orang utan yang memakai skirt!! Hodoh gila! Dah jelas lagi nyata yg dorang tu laki! X sedar diri! X nak bedah muka ke? !! Dah la seksi gila! Sedih aku bayangkan umat zaman skarang. & sebelum kami balik dari beli buah td, adala 1 pondan ni melintas depan keta kitaorang.. & dia masuk ke dalam sebuah keta ni yang dipandu oleh lelaki… (ya betul,…. lelaki!!) Knapa??!!! Why??!! Nandeska?!! X cukup ke pompuan kat dunia ni? Sampai nak langgan PONDAN??!! Macam ni ke negara Islam??
Huh.. berpeluh aku bayangkan tempat neraka tu… dari kl kami ke rumah wanchor.. dengan NIAT nak tolong apa2 yg patut untuk persediaan perkahwinan abang sedara aku, abg Danial. Tapi mana ada wat apa2 pun.. mak aku je yg tolong cat sikit.. yg lain dorang adik-beradik wat sendiri.. abg danial cat dari bilik dia sampai ke ruang tamu.. bagus betul.. kalau aku yg nak kawin, aku x kan wat keje.. heheh. Kat rumah wanchor aku wat keje rumah database skit.. yg lain sambung pasni.. aku balik ke rumah sewa di puncak perdana inysaAllah besok.. aku ni jenis yg suka duduk rumah. Lagi lambat balik rumah sewa, lagi bagus. Hihi.
p/s: adik aku bgtau yg pah belah mak aku akan turun kl khamis depan!! Yahoo!!! Aku dulu penah skolah di perak & duduk kat rumah pah & tok aku. So aku mmg rapat dgn dorang. Lagipun aku cucu sulung kat belah mak aku. Tapi ini x bermaksud aku x sayang opah belah bapak aku tau…
Sunday, February 8, 2009
Kecemasan! dokter!!
lupakan pasal tulang. aku sbnrnya nak meluahkan kegilaan aku kat cerita the adventures of merlin!! best sangat! aku mmg suka cite yg ada wizard, dragon, knights, etc... sbnrnya aku x tau dah mana 1 cite original merlin.. yg kat tv3 ni yg twisted pny rasanya.. tapi merlin & prince arthur dlm cite ini so the cute 1.. hehe
alang2 tgk cite merlin, aku masak dumplings.. hehe 1st time aku masak dumplings. rupa x memikat, tapi rasa boleh tahan.. cuma agak masin. tadi aku masak cukup utk sorang 1.. aku sambung masak bsok sbb td dorang jd tester je
Friday, February 6, 2009
Bosan!!
Sebenarnya kenapa aku menulis? Hmm.. soalan yg aku rasa lagi susah untuk aku pikir dari memana test & exam.. hihi.. Mungkin aku nak ikut trend sbb sedara aku sume ada blog sndiri or maybe aku nak tulis apa yang aku nak orang baca walaupun aku rasa x ada orang yg akan baca (sbb aku pun bukan jenis yg baca blog org).
Apa aku melalut ni? Aku tengah bosan sbnrnya ni.. Tadi teman mak aku g pos office, ambik surat.. pastu trus g rumah adik mak aku (makyang). Saja je g rumah dia, konon nak minum air klapa.. tapi sbnrnya nak jumpa anak bongsu dia, aliya. Geram gila aku dengan budak tu.. COMEL!!!!!! Nakal tapi Baik! Mmg tiap minggu akan jumpa dia. Tadi main (main ke?) dgn dia kejap, pastu balik. Aku tgk ayahlang aku tadi bz dgn hp dia pasal kes hangat kat Perak la tu, memandangkan dia org kuat PKR.. Seb baik x balik kuala kangsar cuti ni.. mesti ramai gila manusia kat sana.Lagi skali aku terpikir.. nape aku menulis ni? Oh, sebab aku bosan rupanya.. Kesihatan aku lately x brapa bagus.. migraine aku makin teruk.. gastric aku pun sama. Ntah la. Pagi tadi aku patut kuar dgn adik aku, Mastura. Aku nak tgk wayang dgn dia. Tapi disebabkan aku kena hntr adik bongsu aku, Adah g skolah, kitaorang x jadi kuar. Spoil btol la budak tu.. Baru pas call aiin (housemate aku) tadi.. dia kuar g sunway pyramid??!!! Aku pun nak jalan gak! Hihi.. Aku sbnrnya penat ni.. nak tido. Bsok pkul 6.30 kena btolak dr rumah.. ada ceramah koko kat induk Uitm Shah Alam. Knapa la dia wat hari sabtu ni? Buatnya ada student dah beli tiket balik kg sbb isnin ni cuti? X ke naya.. & knapa la dia wat aktiviti cam tu? Aku ada modul lagi utk sem ni.. bila la modul ni. Mesti hari ahad nye…
Bsok maybe kami 1 family g rumah wanchor aku kat PJ. Nak tanya sndiri kalau nak kena tolong apa2 sbb abang Danial aku insyaAllah kawin 13,14,15 March ni.. Dgr cite kami, sebagai ‘bunga-bunga’ yang mewakili family kena tolong bagi bunga telur, & angkat dulang hantaran. OH NO!! aku teringat time angkat dulang masa ayah chor aku kawin dulu. Aku angkat dulang buah. Dah la dengan berat buah, dlm mangkuk kaca, & dulang tembaga tulin!!!!!! Gila berat!! Aku x larat angkat, pastu mastura sambung. Time makan, menggigil tangan aku pegang sudu & garpu. Macam Parkinson tau x!!! Dah la aku ni senang mengigil.
Dalam masa terdekat ni jugak, 1 May nanti Family Day Maasom Akidah akan diadakan di Lumut. X tau la kalau aku ada apa2 hal time tu. Sbb dah la time exam.. Buatnya aku ada paper 2/3 may tu? X ke sian aku?
Plan paling best 16 – 22 May ni… Aku…. akan……. ke……… Sarawak!!!!! Hehehe. G rumah 2 budak kelas aku = Kak pah & Hoenese. Aku sbnrnya paling excited nak naik flight ni.. hehe kak pah kata kalau cam tu baik awak pas naik flight balik semenanjung trus”. Hehe.. saya sbnrnya nak tengok tempat korang… & paling penting, tangkap gmbr. Yes!! Yang akan ke Sarawak nanti insyaAllah aku, aiin, Nurul, Kak Ijan, Aman & Habiel. Memula g rumah kak pah, pastu dgn kak pah skali, betolak g rumah hoenese.

Cukuplah takat ni.. konon x tau nak tulis apa & malas nak tulis.. hehe. Aku nak baca komik jap, pastu tido..
