Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts

Tuesday, November 30, 2010

Topik serius.... "politik" hehe

Minggu yang sangat sibuk sebab program 3P. Penat bila tiap2 hari dari 9-5 ada kelas. Dah macam orang kerja dah. seram sejuk bila fikirkan yang aku bukan lagi bergelar pelajar tak lama lagi. Kena jadi berani nak teruskan hidup.

Anyway, tujuan aku tulis blog kali ni bukan nak tulis pasal aku. tapi pasal politik. Sejujurnya, aku tak tau & tak berapa minat pasal politik. Aku cuma sokong mereka yg aku rasakan perjuangkan panji2 islam dan dalam masa yang sama, fikirkan masa depan negara dan masyarakat.

Walaupun aku tak minat politik, tapi aku secara automatik akan tau pasal politik sebab pakcik (Ayahlang) aku, (Mustafa Kamil Ayub) terlibat dalam arena politik ni. Baru-baru ni ayahlang ada bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden Keadilan mungkin rezeki tak berpihak padanya, beliau kalah.

Samar2 dalam ingatan aku waktu DS. Anwar masih dalam tahanan. ISA buru satu-satu teman seperjuangan DSAI. Kawan ayahlang dah beberapa kwn beliau telah ditangkap & ayahlang tak balik ke rumah. Makyang aku terpaksa duduk dengan kami buat sementara & waktu tu kami semua risau yang amat kalau2 ayahlang kena tangkap dengan ISA. Syukur bila ayahlang balik ke rumah beberapa hari kemudian. (kejadian berlaku dalam lingkungan 10 tahun lepas)

Sekarang, ayahlang boleh berkempen dengan bebas & aku tengok ayahlang sibuk GILA memanjang sebab hal parti. Adik saudara aku yang baru 4 tahun pun tau bila abah dia tak ada, mesti pergi meeting ^_^.

Aku tak tau nak komen pasal DS. Anwar, tapi bila ayahlang dan makyang aku yang jenis jaga solat, & yang mementingkan agama sokong DSAI, aku yakin DSAI tak bersalah. lagipun, tgk je la isteri & anak2 dia. Bertudung & jaga aurat ^_^

Bila pemilihan dah habis, malam semalam ayahlang & family tengok cerita Rapunzel dengan adik bongsu aku. ^_^. 1st time diaorang tgk wayang 1 family. Tujuan tgk wayang sebab nak bagi Aliya (anak bongsu mereka) merasa tengok wayang. Aku tak dapat bayangkan macam mana Aliya kat dalam tu sebab dia takut gelap. hehe.






Sunday, February 8, 2009

Kecemasan! dokter!!

Apa yang aku makan tadi sampai aku tercekik tulang huh? hmm... berpikir spt jimmy neutron.. think... think... oh! ikan masak tauchu rupanya.. napela aku makan lauk tu sedangkan slama ni aku x brapa makan gulai masak tauchu.. kan dah tercekik.. agak susah untuk aku hilangkan tulang. Try makan segumpal nasi tetap x hilang, try batuk pun ttp sama. Seb baik aku dapat tarik tulang tu guna jari aku.. (gila hebat diriku ini) as a result, skang aku rasa tekak aku bengkak sebelah. huhu.

lupakan pasal tulang. aku sbnrnya nak meluahkan kegilaan aku kat cerita the adventures of merlin!! best sangat! aku mmg suka cite yg ada wizard, dragon, knights, etc... sbnrnya aku x tau dah mana 1 cite original merlin.. yg kat tv3 ni yg twisted pny rasanya.. tapi merlin & prince arthur dlm cite ini so the cute 1.. hehe

alang2 tgk cite merlin, aku masak dumplings.. hehe 1st time aku masak dumplings. rupa x memikat, tapi rasa boleh tahan.. cuma agak masin. tadi aku masak cukup utk sorang 1.. aku sambung masak bsok sbb td dorang jd tester je

Saturday, February 7, 2009

Amaran! Perasaan bergolak!

Tadi aku & family aku ramai2 tonton majalah 3. Bayangkan sambil makan, sambil tgk majalah 3 pasal Gaza, mmg x sesuai!! Rasa masin nasi aku (yuks..) sbb aku TERmenangis.. Sedih yang amat! Perasaan marah & benci aku membuak! Kalau nak dibandingkan kita di Malaysia dgn mereka yang di sana, memang bagaikan langit & bumi! Paling x dapat aku lupakan tadi bila kat dinding ada tompokan hitam yang bertempek kat dinding. Rupanya tu cebisan daging manusia yang bila di bom, daging tu berkecai sampai kena dinding!! Alangkah sedihnya! Bayangkan sengsaranya penduduk Gaza.. Kita patut bersyukur kita di Malaysia & kesusahan kita x standing dengan kesusahan mereka di sana.

Dari yang aku lihat, semangat juang mereka tinggi! & sedar hidup harus diteruskan walaupun tinggal sebatang kara di dunia. Bagi mereka ini cuma dugaan & cabaran yang diturun oleh Allah s.w.t untuk menguji sekuat mana keimanan mereka. Anak2 muda di sana lagi kental semangat mereka dari anak2 muda kita kat sini. Betapa bertuahnya yg dapat status ‘syahid’, yg telah berjihad! Jangan ingat pengorbanan mereka sia-sia!!.

Kita di Malaysia ni Cuma boleh bersimpati, & lepas tu lupa nasib mereka yg terkial-kial nak teruskan kehidupan. Aku tgk ramai lagi orang2 kita yang masih beli barang yahudi tu… dengan terbukanya (mungkin x tau) beli produk yg berkomplot dgn Israel. Aku setakat ni masih boleh menahan dari membeli barang2 yg di ‘black list’ kan.. rabu lepas aku teringin sangat nak beli ice cream dr mcdonald. Tapi aku kuatkan hati aku! Untuk x mengecewakan perut & hati aku, aku belila ais krim wall’s (bukan nestle)

Sedara aku jannah & adik dia najah dah beberapa kali ajak g functions untuk gaza, tapi hari yg dia ajak tu slalu salah! Ada hari tu aku mmg bz… & ada hari aku x de kat rumah. “jannah, kalau boleh kita nak pegi, tapi awk slalu ajak last mint.. x dapat kita nak tolong”

Ayat di bawah ni rasanya aku dapat dari forum iluvislam kot..


“Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuat keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan Allah
tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Allah mahukan kerana Allah tahu hati yang sebeginilah lebih mudah lunak dan mudah dekat dan akrab denganNya...”


Bila aku dengar lagu menjejak jalan selamat dari suara smakl ni, sebak hati aku.. lagu ni sebenarnya ditujukan untuk rakyat bosnia rasanya.. tapi penyebabnya ttp sama.. ISRAEL!! So lebih kurang la lagu ni untuk Gaza.. kami 1 family mmg sukakan suara smakl.. dari kecik aku dengar lagu dorang.. memandangkan suara smakl ni group nasyid skolah mak aku mengajar.. (sekolah menengah agama kuala lumpur)


Suara SMAKL – Menjejak jalan selamat


Alangkah sedih hati ini
Umat Islam tidak dihormati
Hilang maruah dan harga diri
Musuh galak ketawa mencaci

Menjadi mangsa huru-hara
Disembelih bak haiwan melata
Kasihan nasib kecil menangis hiba
Mendakap ibu yang tidak bernyawa

Kenapakah ini semua terjadi
Umat Islam diseksa dihina
Allah lepaskan tanpa bantuan
Membiarkan musuh bertindak kejam

Mungkin ianya suatu kifarah
Hukuman dunia beserta tarbiah
Kemungkaran umat tidak dicegah
Datanglah ketetapan balasan Allah

Kita tak ingin menanggung azab
Membiarkan musuh berlaku biadab
Tegakkan iman bangunkan syariat
Mudahan selamat dunia akhirat


http://www.imeem.com/iluvislam/music/_fOxFqVV/suara_smakl_menjejak_jalan_selamat/