Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts

Saturday, March 12, 2011

Apa kita rasa, tak sama macam orang sana rasa

Semalam, 11/3/2010 Jepun dilanda tsunami besar. Inikah petanda 'jumaat' sebelum kiamat yang kita dengar selama ini?? wallahualam.

Macam mana dengan kakak saudara aku yang kat Tsukuba?? Tak dapat aku bayangkan perasaan dia sorang diri kat negara orang, tanpa family. Sepanjang hari semalam aku gelisah je rasa. Risau sangat2 sebab last kak liza balas msg fb aku pukul 10am. Kebetulan pulak semalam birthday dia so kami ni sangat2 risau keselamatan kak liza kat sana. dia ada cakap malam sebelum tu yang dia rasa earthquake kecik kat tsukuba. rupanya tu tanda awal sebelum tsunami besar.

Syukur sangat2 kak liza ok. Malam semalam bapak aku call kak liza & aku pun sempat bercakap dengan dia. Waktu tu dia dalam bas & nak dipindahkan ke tempat lain. Dia pun x tau nak pindah ke mana.. hehe. pagi tadi pulak dapat news pasal kak liza yang dia still rasa gegaran. Aku cuma boleh berdoa supaya Allah berikan perlindungan dan mudahkan urusan kak liza di sana.

Musibah terjadi sebab Allah s.w.t nak uji dan ingatkan hamba2nya agar jangan leka dengan dunia. Siapa tak kenal Jepun? hebat dengan teknologi & ilmu yang tinggi. Tapi mereka juga kaum yang sangat suka melakukan kemungkaran. Industri seks sangat berleluasa di sana. yang tak boleh belah bila kat jepun dia ada banyak hotel yang memang orang boleh sewa semata2 nak lepaskan nafsu (thanks pada ilmu manga yang aku baca.. hehe) Kalau tak silap aku, dari zaman Shogun / Meiji lagi dah ada aktiviti tak bermoral ni (thanks pada ilmu drama historical jepun yang aku tgk.. hehe). Kelab malam pun jangan cakapla.. berlambak. Jadi bayangkanlah betapa beratnya negara jepun tu dengan dosa2 yang dah terkumpul dari dulu.

Harap2 dengan musibah ini, akan timbul keinsafan pada diri mereka. Sesungguhnya 'kita dihidupkan untuk mati' :)

cakap pasal earthquake kat jepun, bapak aku cerita masa dia kat jepun dulu, masa kat hotel pukul 11 mlm, dia ada rasa earthquake so pun dia lari turun bawah. tapi bila sampai kat bawah, rupanya dia sorang je yang turun so bapak rasa agak malu. hehe. orang jepun lain relax je sebab maybe gegaran tu tak kuat mana kot.

Sesungguhnya kita rakyat Malaysia patut rasa sangat bersyukur sebab kita jauh dari lingkaran api pasifik dan kalau tsunami melanda, kita dilindungi oleh Indonesia dulu. Tapi tu tak bermakna kita bebas dari sebarang bala ye.. ^_^

Thursday, August 6, 2009

Hidup ini cuma persinggahan

Adik aku Mastura call aku waktu aku tgh sedap2 tengok cerita Harry Potter dlm pukul 11 mlm td. Dan aku terima berita yg aku rasa terkejut & berat utk aku terima.. Rupanya aku dh terlepas nak puasa sempena nisfu syaaban. Alasan Mastura, sbb selalunya aku yg ingatkan family aku. Apa la adik aku tu.. dah tahun ni aku x ingatkan, maksudnya aku lupa la kan? Aku ingatkan family aku dulu sbb waktu tu aku tinggal dgn tok & pah aku.. Mereka yg ingatkan aku. Harap2 umur aku panjang lagi utk puasa nisfu syaaban.


Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib) – dari http://e-malabari.net/ugama/nisfusyaaban.htm


Azam aku utk baiki amalan aku. Mlm ni banyak persoalan yg bermain dlm fikiran aku. Kali ini aku nak tulis tentang kematian. Aku pasti semua orang tahu yg kematian itu suatu penyeksaan, azab yg x dapat digambarkan dan tiada siapa yg dapat lari dari kematian. Namun banyak yg masih leka, lalai & hanyut dengan hiburan dunia. Aku mengaku yg aku pun kadang2 leka, lalai & hanyut. Disebabkan itulah kita kena saling ingat mengingati sesama manusia.

Ini antara pengalaman yang paling aku takkan lupakan seumur hidup aku. Aku tak berapa pasti bila, yg pasti waktu tu aku sekolah rendah. Aku & cousins yg lain main kuda2. Nak dijadikan cerita, waktu tengah seronok bermain, tiba2 aku terjatuh. Nak kata tinggi, x tinggi sebab bayangkan orang dewasa yg jadi kuda, antara paras lutut & pinggang aje. Tapi aku tiba2 x boleh bernafas. Jantung aku berhenti!! X berdegup! Aku cuba tarik nafas, namun gagal. Aku x dapat sedut udara. Aku dah panik. Aku rasa seksa yang amat. Aku cuba nak bercakap & menjerit bagitau cousins & mak aku yg aku x boleh bernafas. Tapi suara x dapat keluar sbb aku x dapat nak bernafas. Masih segar dlm ingatan aku apa yg aku rasa waktu tu. Aku melompat-lompat depan mak aku, tapi dia x faham! Tapi mungkin disebabkan aku melompat, jantung aku di pam balik. Waktu tu aku rasa lega yg amat.

Disebabkan pengalaman itulah bila aku kenangkan kematian, aku akan takut. Seksa yg aku rasa dulu amat sedikit bila dibandingkan dengan azab kematian. Aku jadi takut bila aku fikirkan aku atau orang yg aku sayang akan rasa azab kematian tu.

Setiap yg terjadi ada hikmahnya. Kalau kes tu x menimpa diri aku, aku yakin aku akan terus lalai, leka & hanyut. Mungkin Allah sayangkan aku? Untuk bagi aku peringatan yg hidup ini cuma persinggahan…

lagu yang betul2 menginsafkan..