Thursday, January 29, 2009

Testing.. testing.. 1,2,3...

Assalamualaikum, dah beberapa kali aku cancel blog aku, & kali ni aku buat balik.. aku still gunakan title yg sama : Orange Days.. sbb kehidupan ni mcm buah oren.. ada rasa masam, manis, pahit, tawar. Setakat ni Alhamdulillah aku rasa kehidupan aku makin baik.. kalau sebelum ni aku rasa hidup aku kosong, sekarang aku ada benda nak buat.. & so far setiap hari aku still boleh tersenyum lagi walaupun ada benda yang buat aku sedih @ malu @ marah.


Dah setahun lebih aku masuk uitm & macam-macam hal yang aku dah buat since masuk uitm. Aku happy dengan life aku skang. Bebudak rumah aku ok, course yg aku pilih ok (so far), life circle aku pun aku rasa berpuas hati.


Dalam masa setahun ni, banyak kenangan yg aku kutip 1 per 1… masa semester 1, tempoh untuk aku membiasakan diri dengan kehidupan baru aku ;- jumpa orang baru, biasakan diri dgn course aku, 1st time buat assignment, & masa untuk aku keluar dari kepompong selesa @ safe zone. Lecturer aku pernah tanya, kalau ditanya “apa yg kita dapat dari uitm”, apa yg kita akan jawab. Balik dari kelas dia, aku termenung fikirkan jawapan. Aku rasa, uitm ubah hidup aku. Tanpa uitm, aku x akan kenal kawan2 aku skarang, & aku rasa aku bukan aku yg dulu (walaupun bukan 100% berubah). Masa aku sem 1, aku X PERNAH ponteng kelas berbanding masa aku di sekolah. Kalau hari persekolahan 230 hari, 100 hari confirm aku x datang.. hehe, gilakan aku yg dulu? (ada sebab x datang.. bukan ponteng melepak tau..) Mungkin aku x dapat jawapan yg tepat lagi, lagipun insyaAllah 2 lagi tahun aku habis study (sempat fikir lagi).


Semester 2 pulak, aku rasa antara tempoh yg agak ‘tough’ dlm hidup aku. Ada masa aku rasa nak give up, sampai demam2 aku dibuatnya.. :) tapi bila pikirkan balik skrng, walaupun time tu aku ada rasa nak menangis, tapi bila masa berlalu, kita boleh tersenyum bila fikirkan balik, walaupun hal tu pernah menyeksa rohani & jasmani aku. Baik aku buat x kisah je.

Semester 3, aku x boleh nak cakap apa2 lagi, sebab aku masih sem 3, x habis lagi. Tapi bahang assignment dah mula terasa, keluhan telah kedengaran, dan perubahan mood dapat dilihat. Harapan aku: “Biarlah semua berjalan lancar.”


* Aku sebenarnya pemalas, ada masanya, ada banyak aku nak benda aku nak ceritakan kat orang, tapi disebabkan mulut aku malas nak bercakap, aku pilih jalan senang : "DIAM". Walaupun hati meronta-ronta nak ceritakan kat orang
* Disebabkan kemalasan aku ni, mungkin aku x akan selalu update blog aku..
* Aku x yakin aku akan tulis perkara yang ilmiah @ menyeronokkan, sebab aku rasa aku seorang yg membosankan