Showing posts with label memories. Show all posts
Showing posts with label memories. Show all posts

Friday, December 31, 2010

Once in a blue moon


Baru balik dari kampung. Kejap je pun balik. Rasa tak puas!! 3 hari je balik! Tak dapat nak manja2 dengan tok & pah lama2 huhu. Balik kampung sempat lah pergi makan mee banjir (mee udang) kat kuala sepetang (taiping) memang superb dowh mee udang tu! udang besor2! balik dari taiping badan aku gatal2 sebab makan udang... resdung der heh.

(gambar copy paste dari blog purple lady. lebih kurang macam ni la mee banjir yang aku makan hari tu. ^_^)

Btw, kebiasaan aku kalau balik kampung, akan mengintai rumah 'dia'.

Kebetulan pulak masa lalu rumah dia keluar pulak lagu Bobby Caldwell - Even Now. Kadang2 aku rasa macam aku ni orihime- tanabata (sangat perasannn okeh.. hehe) sebab dapat jumpa dia setahun sekali je.


Sometimes when I'm in a crowd
I'll start reminiscing
And find myself missing
The sound of your laughter
The ring of your voice
But know in my heart
That I do it by choice
Though I try to see reason
My mind always ends up on
you anyhow...

*Even now I can say
That I still dream of you
There are times that I wonder
If you miss me too
Maybe I'll outgrow it
If the time allows
Even though I know it
Lingers even now...Even now

I try keeping friends around
And they entertain me
But I keep complaining
That something is missing
I can't sleep at night
And I don't hear a word
When they give me advice
Maybe love is the reason
That I keep believing you'll
come back somehow...

Repeat *

Even now I go to places we would go
That's the one escape I know
Where I can keep on dreaming

Each time I try to see reason
My mind keeps on thinkin'
You'll come back somehow...




Banyak lagi sebenarnya yang aku nak update, tapi disebabkan penat yang amat, nanti2 dulu lah ^_^

Tuesday, November 30, 2010

Topik serius.... "politik" hehe

Minggu yang sangat sibuk sebab program 3P. Penat bila tiap2 hari dari 9-5 ada kelas. Dah macam orang kerja dah. seram sejuk bila fikirkan yang aku bukan lagi bergelar pelajar tak lama lagi. Kena jadi berani nak teruskan hidup.

Anyway, tujuan aku tulis blog kali ni bukan nak tulis pasal aku. tapi pasal politik. Sejujurnya, aku tak tau & tak berapa minat pasal politik. Aku cuma sokong mereka yg aku rasakan perjuangkan panji2 islam dan dalam masa yang sama, fikirkan masa depan negara dan masyarakat.

Walaupun aku tak minat politik, tapi aku secara automatik akan tau pasal politik sebab pakcik (Ayahlang) aku, (Mustafa Kamil Ayub) terlibat dalam arena politik ni. Baru-baru ni ayahlang ada bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden Keadilan mungkin rezeki tak berpihak padanya, beliau kalah.

Samar2 dalam ingatan aku waktu DS. Anwar masih dalam tahanan. ISA buru satu-satu teman seperjuangan DSAI. Kawan ayahlang dah beberapa kwn beliau telah ditangkap & ayahlang tak balik ke rumah. Makyang aku terpaksa duduk dengan kami buat sementara & waktu tu kami semua risau yang amat kalau2 ayahlang kena tangkap dengan ISA. Syukur bila ayahlang balik ke rumah beberapa hari kemudian. (kejadian berlaku dalam lingkungan 10 tahun lepas)

Sekarang, ayahlang boleh berkempen dengan bebas & aku tengok ayahlang sibuk GILA memanjang sebab hal parti. Adik saudara aku yang baru 4 tahun pun tau bila abah dia tak ada, mesti pergi meeting ^_^.

Aku tak tau nak komen pasal DS. Anwar, tapi bila ayahlang dan makyang aku yang jenis jaga solat, & yang mementingkan agama sokong DSAI, aku yakin DSAI tak bersalah. lagipun, tgk je la isteri & anak2 dia. Bertudung & jaga aurat ^_^

Bila pemilihan dah habis, malam semalam ayahlang & family tengok cerita Rapunzel dengan adik bongsu aku. ^_^. 1st time diaorang tgk wayang 1 family. Tujuan tgk wayang sebab nak bagi Aliya (anak bongsu mereka) merasa tengok wayang. Aku tak dapat bayangkan macam mana Aliya kat dalam tu sebab dia takut gelap. hehe.






Monday, June 14, 2010

Update nak tak nak...

Lama rasanya aku tak post apa2 kat blog ni. Nampak gayanya setiap sem cuma 1 benda yg aku akan post. hehe. Aku tak post apa2 disebabkan sibuk... sibuk baca komik, tengok drama jepun & korea, sibuk dengan family & sibuk membazirkan masa :)

Sejak cuti, aku lebih suka duduk di rumah, menghabiskan komik2 yg aku download masa sem 5. Walaupun korang yg membaca blog ni rasa cuti aku mcm membosankan, tapi sebenarnya banyak aktiviti yg aku dh buat sepanjang cuti ni. Tiap minggu mesti ada 'benda'

Cuti sem ni aku dah ke Sabah dengan budak2 is221 stpm part 5 & dip part 6. Kenangan di Sabah mmg tak dapat dilupakan & lepas balik pun sama sbb aku sbg S/U kena siapkan report. (bayangkan aku yang tak suka menulis ni kena buat report.. sapela yg vote aku jadi S/U ni. mmg aku sumpah seranah dia masa aku tulis report hari tu.. hehe)

28 jun
Family besar belah bapak aku buat bowling tournament. Family yg digelar Family Maasom Akidah ni terdiri dari family 1 moyang. Walaupun aku tak main, tapi aku happy sebab boleh jumpa cousins, uncles & aunties. yang paling happy sekali, mestilah bapak aku sbb jumpa cousins dia.

29 jun
Family Maasom-Akidah adakan pertemuan jejak kasih dengan family Maasom-yang Lasah. Maasom (moyang kami (Maasom) dia kahwin 3. moyang Akidah isteri pertama & moyang Lasah isteri ke 3. walaupun aku x kenal sape2 keturunan Maasom - Lasah, tapi aku tetap enjoy kat sana sbb makanan sana sedap bangat!.. hehe. Btw, Lasah bukan nama moyang tapi nama tempat. Aku guna perkataan Lasah sbb x tau nama moyang tu.

5-7 jun
Family day Maasom Akidah ke-7. Bila jumpa dgn family biasala, bergossip, menggedik dgn camera etc.. Family day ni kat Teluk Kemang PD, so kitaorang mandi laut & disebabkan the whole resort tu family kami yg duduk, dengan sesuka hatinya kitaorang buat bising sampai 2 pagi & menyelam kat swimming pool. hehe. Yang paling best bila kat tepi swimming pool bila uncles main gitar, kami menyumbangkan suara.. hehe.

Paling best aktiviti sukan untuk rumah. ada 3 rumah; Merah, Biru & Hijau. Aku rumah merah & aktiviti yg aku masuk ialah tarik tali. hohoho. walaupun badan nampak besar, tapi tenaga kecik je.. but still, tarik tali perempuan merah dapat no.2. Balik dari family day walaupun badan penat, mlm tu kitaorang kuatkan semangat untuk main bowling (aktiviti biasa tiap isnin) dengan tujuan : bergossip lagi. hehe.

12 jun
Sabtu lepas pulak, adik sepupu mak aku kahwin kat pahang. 1st time aku jejakkan kaki kat pahang (cameron x dikira). Kat sana kami duduk kat 'Rumah Rehat Bukit Residen'. Nasib kami baik sbb dapat duduk kat bilik V.I.P. Kami dpt tau yg bilik tu bilik sofea jane bila dia balik pahang. Hotel tu dia yang punya. Design rumah tu mmg cantik. Aku suka rumah yg klasik ni. Lagipun rumah tu dulu residen british, Hugh Clifford yg duduk. kalau tak silap aku, rumah tu dibina tahun 1922 kot. Nasib baik x jumpa 'apa2' sbb tadi aku baru tau yg rumah tu agak 'keras'.. woooo...

Saturday, January 2, 2010

Tetamu Allah

Berita TV3 tadi, "rombongan terakhir jemaah haji yang pulang ke Malaysia"

Dalam televisyen tadi, ahli rombongan yg pulang aku lihat semuanya warga emas. Bilalah aku akan dijemput jadi tetamu Allah?

Waktu aku form 1 @ 2, aku HAMPIR menunaikan umrah bersama tok & pah aku. Tapi, disebabkan org yg bertanggungjawab untuk bawa kami ke sana menyelewengkan duit, harapan ku musnah. Hmm.. mungkin ada hikmah aku tak dapat menunaikan umrah waktu itu. Yelah, aku baru form 1 @ 2, jadi aku rasa nak tak nak je pergi. Bukan apa, aku takut nak naik kapal terbang & aku lebih fikirkan shopping di sana. Namun, ini tak bermaksud aku ambil lewa. Aku dah hafal apa yg patut dilakukan bila berada di sana. apa yg patut dibaca, & dah tetapkan niat.

Sampai sekarang aku tak boleh maafkan orang tu. Nama je ustaz, tapi ustaz pada nama saja. Dia sanggup laburkan duit tu dalam skim cepat kaya. Kami dah ada pasport & waktu penerbangan pun dah ada. Kalau tak silap aku, sepatutnya kami ke sana pada bulan november & waktu tu musim sejuk di sana.

Bila aku berborak dgn mak aku, dia kata lebih baik kalau pergi ke sana menggunakan duit sendiri. Hmm.. dulu mak bapak aku yg keluarkan duit untuk aku tunaikan umrah. Bayangkan, bapak aku pun waktu tu tak tunaikan haji lagi. Mungkin mak bapak aku rasa aku boleh jadi lebih sihat kalau berdoa di sana memandangkan aku dulu selalu sakit sampai terpaksa berhenti sekolah. <---- kenyataan yg pahit untuk diterima.

Bulan lepas mak aku bagitahu yg sekarang ni, kena daftar haji dulu, baru kita akan dipanggil. Mungkin ambil masa 10 tahun. Walaupun tak cukup duit lagi, tapi kita dah boleh mendaftar dulu kalau dalam tabung haji ada sekurangnya seribu. Jadi, memandangkan duit dalam tabung haji aku dah cukup 'minimum' untuk mendaftar, aku berniat nak mendaftar bersama dgn adik aku, Mastura. Tapi lepas daftar, nak kena pergi dgn mahram pulak. Pergi dgn family aku? atau aku kena kahwin dulu? hoho.. harap2 aku boleh pergi dgn suami aku~ Amin~.

Friday, July 3, 2009

sims oh sims

Rabu lepas aku, bapak & irfan pergi ke digital mall pj. Tujuan : utk beli laptop mastura. Dlm pukul 8 kot ktorang betolak ke sana. Bapak aku punya la semangat nak beli laptop utk dia, smpai cr apa yg patut ada kat laptop tu dlm internet & siap print out lg information yg dia dpt.

Smpai sana, bapak aku mintak pndapat aku.. huhuh aku x tau la taste mastura utk laptop camne sbb aku tau dia msti nk yg kaler punye. tp, budget plak lari sbb kalau nak beli laptop utk dia, patutnya yg basic aje (lain la mcm aku yg belajar pasal system.. hehe). Tapi aku pun tau yg mastura ni simple je, asalkan keypad ok, & touch pad pun ok, yg selesa, dia x kan banyak komen.. kan? kan? mastura? hehe. Jadi sudahnya aku pilih laptop toshiba. Aku sebanrnya nak cari laptop acer mcm aku utk mastura, tp x nampak pon... x pela, walaupun nampak simple je laptop mastura, at least specs dia agak bagus dr laptop aku.

----mak aku ada tanya aku "nak ke mak belikan laptop apple?" hohohoho. & aku dah berangan nak laptop apple. hihi

Sbnrnya dlm seminggu ni dh 3 kali aku ke digital mall..
1 - masa cari charger bateri laptop 'HP' mak

2 - Nak cari toner laserjet Lexmark, tp disebabkan harga toner mahal gile bapak smpai rm1800, mak aku buat keputusan nak beli laserjet baru 'OKI' yg harga toner dia jauh lg murah dr toner lexmark. Harga OKI tu rm999. yg pelik tu, skang ni ada masalah dia x nak print plak.. hari tu boleh. huuuuh. family aku ni mmg bernasib malang dgn printer. kalau diikutkan sejak beli printer pertama, dah ada 15 printer kot

3- Rabu yg lepas utk beli laptop mastura.

Masa pegi digital mall memula, aku teringin nak beli cd sims, sbb cd sims kat rumah aku dh hilang. so, niat nak beli ada, cuma aku tahan nafsu lagi. Kali ke-2 pun sama, aku tahan tangan aku dr nak bayar cd tu.. & kali ke-3, aku x boleh tahan. Bila Irfan pun nak beli pc game, aku pun apa lg.. belek2 cd sims yg ada.

Bila aku tanya sims 3 berapa, dia jawab rm10.. aku terdiam (ingat salah dengar) aku tanya lg.. betul ke rm10, sbb MURAH gila!!!

Soalan : Knp aku cakap mcm tu?

Jawapan : Dlm tahun 2005, aku , mastura, kwn aku - nazrah, kak ain & kak nurul jalan2 kat mid valley. Kami masuk ke kedai computer (niat nak beli cd sims). Kami tanya orang kedai tu, 1 cd brape. dia kata rm 8. Serentak kami beramai-ramai cakap "wa... murah la cam tu" & kami pun mengambil sims 2, sims university, & sims apa ntah x ingat lalu ke kaunter. Smpai kat sana, amount yg kuar dlm seratus lebih. Semua terdiam. Bila tanya knp harga smpai seratus lebih sedangkan ambik cd dlm 4 je.. dia pun jawab "1 cd rm 8. Dlm sims 2, ada 4 cd so harga sims 2 RM32" baru la kami semua faham, Sbb mana la ktaorang pernag beli cd game. hehe.

Walaupun aku dh beli sims3, tp aku masih x dpt main game tu sbb bila nak install, dia mintak password!!!! aku pun lupa nak mintak password kat orang tu!! punya la bongok aku ni. malas nye nak ke sana lg nak mintak password semata-mata. aku dh try cr password sims3 kat internet, tp x jumpa!! what to do??

p/s ; abg siddiq! boleh x abg siddiq g sana mintak password sims3? hehe.

Thursday, June 25, 2009

Sebelum sem bmula.. uhuk

Sejak cuti sem ni, boleh dikatakan tiap minggu aku balik kampung. Latest bila hantar adik bongsu aku yg akan mulakan hidup baru kat kampung macam aku dulu. hehe. Daftar adah hari isnin & aku ikut skali mak aku. Masa tunggu dalam kereta, mcm2 memori lama waktu aku sekolah kat SMK Sultan Tajul Arifin Manong. Hehe.. lagi2 bila dlm keta lagu Patti Austin - All behind us now, Bobby Caldwell - Heart of mine & Element - Rahasia Hati dimainkan, tersenyum aku bila kenangkan kenangan lama.



Kat kampung memang penat... wpun aku bawak laptop, to x de masa nak guna. Kalau x kuar shopping beli barang mastura yg nak masuk UKM kat Kuala Kangsar, kitaorang bersembang dgn tok, pah, maksu, pakcu @ main dgn anak2 maksu & pakcu (Hafi & Izhar comel & baik yg amat!!!!)





Kebetulan masa kami balik tu musim 'doyan', apa lg? aku pun menunjukkan bakat aku mengupas durian.. hehe walaupun aku bukannya peminat doyan. Aku cuma makan keropok & ice cream doyan je yek.. tempoyak @ sambalnya aku hanya akan makan ikut selera, masa & mood aku. hehe





Tuesday, May 26, 2009

Sarawak - epilog

16 May hingga 22 May yg lepas, aku & kwn2 aku bercuti di Sarawak! Destinasi kitaorang Sibu & Kuching.. sepanjang minggu tu mmg penat gile & seronok! Bnyk ‘1st time experience’ utk aku.. 1st time naik ‘belon’, 1st time naik bot express, 1st time makan mee koloq, 1st time makan nasi ayam penyet, 1st time masuk rumah hantu & bnyk lg 1st time yg lain.


Hari pertama & kedua di Sibu aku memang sakit kepala yg amat. X tau knp, & aku kena telan panadol sbb x tahan sgt. Maybe sbb aku batuk yg melampau smpai sakit urat tengkuk & terus ke kepala. Tapi nasib baik waktu di Kuching aku ok, Cuma sehari before balik Semenanjung, mlm tu aku pening & loya. Balik dr makan kat restoran di Satok, aku x boleh bckp dh.. sepanjang pjalanan balik aku cuba tahan nak muntah. Aku x bgtau kwn2 yg lain sbb aku x nak disbbkn aku, dorang kn balik rumah hantar aku & x leh jalan2 di kota kuching. Sampai je rumah, aku trus muntah.. smpai la bsok, aku agak pening.


Aku rasa x bnyk brg yg aku beli kat srwk.. tapi nape duit aku belanja hampir 800?? Aku beli bnyk mknn ke? Tp rsnya x bnyk mknn yg aku beli kat sana.. hurm~ biarlah.

Buat masa ni, takat ni je post aku utk pengalaman aku di Sarawak. Nanti insyaAllah aku akan buat 1 post utk 1 hari aku di sana.. so mungkin 7 post kot aku akan buat.. hehe. apa2 pun, aku nak berterima kasih pada kak pah & family, hoenese & family, & Sheila & family sbb sanggup bersusah payah terima kehadiran kitaorang.. jasamu akan ku kenang sampai bila2.. cheewah.

Monday, May 25, 2009

Cinta ke?

Dah lama bebenor rasanya teman x post blog.. Banyak sebenarne yg teman nk cite, tp utk post ni, teman nk cite pasal movie syurga cinta.. hehe. Sabtu lepas aku, mak, mas, adah & afifah tgk syurga cinta di wayang tgv metro prima kepong. Seingat aku, last cite melayu aku tgk kat cinema is movie senario yg 1st. bayangkan??!!


Nape aku nk tgk cite ni?
1. pelakon2 dia, esp. Awal Ashaari hehehe
2. Jalan cite dia menarik, ada soal agama, & syurga cinta sbnrnya cermin kehidupan msrykt kita skang..
3. Lain2 sebab.. hehe

Komen aku: Cite ni mmg best!! Lawak, sedih, & penuh dgn pengajaran. Aku x kisah kalau nak tgk cite ni banyak kali. Hati aku tersentuh waktu awal ambik air wudhuk untuk ketenangan diri lepas tgk mak bapak dia yg pulang dlm keadaan mabuk… sedih gile part tu lagi2 dengan background music yg huuuh… tersentap aku… Cite ni patutnya dpt berikan kesedaran kat bebudak muda negara kita. Tapi aku yakin yg kebanyakan remaja yg tgk cite ni Cuma anggap movie ni hiburan semata-mata. Atok Heliza dlm cite ni ada bgtau Awal yg ada 3 jenis jodoh..


1. Jodoh dari syaitan
Jodoh yg berlandaskan nafsu semata-mata.. berpegangan tangan, terlanjur & mengandung sebelum kahwin


2. Jodoh dr jin
Menggunakan ilmu hitam utk buatkan org tu sukakan kita


3. Jodoh dr Allah
Bila kita suka sama suka, lalu terus merisik dgn cara yg betul, insyaAllah berkekalan..


Bila kami kuar dr panggung, adala couple dpn kitaorang ni berpegangan tangan, adakah mereka ni jodoh dr syaitan? Entahlah.. (part ni agak keliru skit, sbb jodoh mmg dr Allah, tp dlm movie tu ada la plak jodoh dr jin & syaitan… maybe tu perumpamaan je kot..)


Spt yg kita sume sedia maklum, manusia berubah. Yg baik x semestinya kekal baik & yg jahat x semestinya jahat sampai mati. Mcm watak awal dlm cite ni, yg dh terpesong, tp boleh berubah. Selalunya org yg paling jauh dgn TuhanNya, bila insaf, akan jadi yg paling dekat disebabkan menyesal dgn dosa2 lalu.

Lelaki di akhir zaman ini

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih berat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir

Namun kutetap berfikir..
pasti masih ada lagi
Lelaki di akhir zaman ini
Seperti yang kufikir..

Sumber : ILuvIslam

Saturday, April 11, 2009

penyesalan ku..

Geli geli geli geli!!! nape la aku tengok gambar tu!! antara gambar paling geli di dunia yg aku pnh tgk..!! tegak bulu roma aku bila tgk gmbr tu. DAMN!!!! aku x sampai hati nak publish gmbr tu kat sini disebabkan perasaan bertimbang rasa aku.. aku tau org lain pun akan geli gak. yuks. & ouch... sbb gmbr tu pasal org jepun yg makan sushi, n mkanan mentah lain yg dh 3 tahun sakit kepala yg teramat azab, bila di scan, rupa2nya ada ulat dh bertelur & bersarang dlm otak dia.. cukuplah takat sini aku cerita. x sanggup nk teruskan sbb sambil tu aku akan terbayang gmbr otak dia yg dh penuh dgn sarang & telur tu.. bnda aku paling geli di dunia adalah sarang serangga, lelendir, serangga, & bnda bulat yg bnyk & kecik2.. antaranya, ada la 1 bnda ni yg melekat kat batu di laut yg bnyk2, & HIDUP!!!! eeeeuuuuuuuwwwwww!!! (camne nak turunkan bulu roma yg dh naik ni? sikat? hohoho) oh no! selasa dpn aku akan ke laut! aku x nak tgk bnda geli tu!! camne ni??!!

Sunday, April 5, 2009

Sedar x sedar...

2 May nnt aku punya last paper.. & lepas tu aku akan cuti sem! Pas paper nnt aku akan terus balik kg sbb ada family day kat lumut. Harap sempat hadir be4 dorang wat performance & mlm dinner. Tujuan aku tulis kali ni bukan nk cite pasal family aku yg besar dr segi kuantiti, kualiti & fizikal tu, tp pasal memori aku tahun lepas. Sedar x sedar, dh setahun rupanya sejak bapak aku sakit jantung. Masa bapak aku kena serangan tu, kebetulan aku baru balik dari uitm, & malam tu aku tengah kemas barang2 aku. Waktu tu aku rasa pukul 3 pagi kot, tetiba mak aku turun bilik bawah dlm keadaan kelam kabut. Aku pelikla & tanya knapa. Mak aku kata bapak aku sakit dada, nak g hospital. Aku dgr tu dh rasa sejuk 1 badan & tangan aku mula menggigil (aku ni senang menggigil. Ada potential utk sakit Parkinson.. nauzubillah) nasib baik waktu tu mak aku ada, baru balik dr kursus. & mastura pun ada, Cuma irfan dia keluar dgn kawan, & adik bongsu aku waktu tu dia bersekolah d kampung. Tgh kelam kabut tu yg lawaknya bila adik aku mastura dia pakai baju terbalik sbb terlalu kelam kabut.. hehe.



& mcm aku tulis td, aku bersyukur sgt bila mak aku ada, sbb bayangkan kalau mak aku x de, aku yg time tu x berani nak bwk keta lg akan buat apa? Call ambulans? Lambat smpai! Bapak aku bwk sndiri? Mustahil nak bwk dlm keadaan tgh sakit!. & Dan nasib baik jugak hospital selayang agak dekat dgn rumah aku.. Kami tunggu kat hospital tu sampai pukul 6.30 pagi sbb mak aku hantar kitaorang balik rumah & pastu dia balik hospital balik.. Waktu menunggu tu bukan aku dgn mastura je (mak aku tunggu dgn bapak aku), adik aku irfan dtg dgn kekawan dia bila aku call dia bgtau yg bapak masuk hospital. & aku bg msg kat semua family bgtau bapak aku masuk hospital.



Sepanjang minggu tu mmg penat! Penat yg amat! Dari hospital selayang, pegi ke Pantai Medical Centre sbb nak wat operation “balloon angioplasty” ? tapi aku paling tabik kat mak aku! Walaupun penat, tapi dia x mengeluh! & dia setia jaga bapak aku. Yang paling aku kagum bila dia x menangis depan anak2.. bila aku tanya dia, dia kata “Allah cuma pinjamkan bapak pada kita & Dia boleh ambil bapak bila2 masa” aku tau walaupun mak aku sedih & takut, dia kena cool dpn anak2.. aku pulak yg x leh kawal perasaan yg lawaknya mcm2 yg aku pikirkan, “masa depan” – aku x dpt peluk bapak aku dh ke? X dpt lg nak bgtau yg aku sayangkan dia ? bapak aku x smpt tgk aku grad ke? siapa yg akan walikan aku nnt? Anak2 aku x smpt jumpa tok dorang ke?. Mcm2 yg aku pikir & tiap kali aku akan nangis. & bila waktu melawat, aku cuba x menangis depan bapak aku, & aku rasa waktu tu paling susah utk x nangis..



Skarang dh dekat 1 tahun, & bapak aku dh mula makan yg bukan2 yg boleh memudaratkan dia lagi.. aku cukup risau kalau dia kena heart attack lagi. Tapi syukur bila skarang dia dh x merokok. Sekarang aku betul2 rasa yg family no 1 dlm hidup aku.. dulu aku ambik semua bnda sambil lewa, tapi skarang aku akan pastikan waktu dgn family msti ada. Aku x nak menyesal bila semuanya dh terlambat.


Friday, February 20, 2009

Sesal, kesal, menyesal...

Regret
- To feel sorry, disappointed, or distressed about
- A feeling of disappointment or distress about something that one wishes could be different.


Regret, atau bahasa melayunya menyesal. Kita semua mesti pernah ada perasaan menyesal tu kan? “Menyesal” ayat yg sinonim dlm hidup aku. Aku bukannya decision maker yg bagus. Banyak benda yg aku sesalkan di dunia ni. Bila perasaan menyesal timbul, mulalah perkataan “kalaulah aku…” menghantui pikiran aku.

Bila ada orang yg menyakitkan hati kita, kita akan sedih, kecewa, marah. Tapi kita x pernah bayangkan apa orang yg sakitkan hati kita tu rasa. Mungkin apa yg dia buat tu secara x sengaja, & dia akan menyesal perbuatan dia seumur hidup. Kita yg disakiti ni akan rasa sedih buat sementara je. Tapi orang yg menyakitkan hati kita tu x dpt lupakan perbuatan dia. Aku faham perasaan org yg menyakiti & disakiti sbb aku pernah sakitkan hati org & org pernah sakitkan hati aku. Kepada mereka yg terasa hati dgn aku, aku mintak maaf bebanyak.

Aku menyesal sbb aku pernah sakitkan mak bapak aku, menyesal sbb pernah buat mak aku menangis, menyesal sbb aku x cukup kuat & tabah, menyesal sbb pernah sakitkan hati individu tertentu, menyesal sbb x berani nak memulakan, menyesal sbb bwk keta laju, menyesal sbb x study elok2, menyesal sbb presentation aku wat cincai2, menyesal bila aku take things for granted & banyak lagi yg aku sesalkan.

Tapi yg aku paling sesalkan bila aku ada peluang, tapi aku x hargai peluang tu. & yg paling aku menyesal bila peluang tu dtg 2 kali, tapi aku x gunakan peluang tu. Aku ada crush kat sorang budak ni, ada sekali tu, dia duduk betul2 depan aku. Tapi disebabkan tgh dengar ceramah, aku berniat nak ckp dgn dia pas habis ceramah, tapi pas habis ceramah dia trus g kt tmpt disediakan kat bhg lelaki, & aku ke bhg pompuan. Aku mmg tau dia ada kat situ & dia pun sama tau kewujudan aku. Tapi x sangka la kan yg terjumpa btul2 berdepan. Kes tutup cam tu je.

Kali ke 2 plak, masa aku balik kg. aku dari kg bpk aku, nak ke kg mak aku naik bas. Tunggu bas tu bergerak punyala lama! Masa menunggu tu tetiba ternampak dia tgh duduk betul2 kat depan bas aku tu. Masa tu x ramai org. Aku berperang dgn perasaan sndiri “nak tegur @ biarkan”. Dlm hati aku dh terdetik kata peluang ni x kan ada lagi. Dah la dia duduk sorang2. Boleh je kalau aku buat2 nak ke tandas, lalu depan dia, & tegur “eh, (nama) buat apa kat sini?” Tapi betapa BODOHNYA aku! Aku x berani nak tegur dia & sepanjang perjalan dlm bas, aku AMATLAH MENYESAL! Sampai je kg, aku call x-roommate aku. Dia pun kata aku dah lepaskan peluang! Kalau aku jumpa dia lagi lepas ni, aku akan tegur dia! Aku pnh dgr ayat yg berbunyi "kalau pernah terjadi skali, akan jadi 2 kali. & kalau pnah jadi 2 kali, x
mustahil akan terjadi 3 kali."

Kalaulah aku…

Lagu utk layan mood aku (semua korea, but with subtitles)


1. Epik High – 1 minute 1 second
http://www.youtube.com/watch?v=4Xu5v19DQf4


2. Tim – Saranghamnida
http://www.youtube.com/watch?v=w2-U2-tPPFs


3. Epik High – Umbrella
http://www.youtube.com/watch?v=fIvORsUx0z0


4. Big Bang – Haru Haru
http://www.youtube.com/watch?v=fO8F7lDhbAM&feature=channel_page


5. Wonder Girls – Feeling Sorry
http://www.youtube.com/watch?v=e0p58S0st6A&feature=related


6. K.Will ft MC Mong – Love 119
http://www.youtube.com/watch?v=Kp3LJol38yY


7. Epik High – Girl Rock
http://www.youtube.com/watch?v=FPunNubUMmY


8. Wonder Girls – Take It
http://www.youtube.com/watch?v=mWLYqUmt_jI&feature=related


9. DBSK – Whatever they say
http://www.youtube.com/watch?v=obqdtI4Sw_0


10. Epik high – Fly
http://www.youtube.com/watch?v=ELiogafk2OA