Thursday, January 13, 2011

no more NEET

Tadi buat pertama kalinya aku pergi KLCC sorang2, naik lrt sorang2, & naik komuter sorang2. Gila kagum dengan diri sendiri memandangkan aku ni tak biasa naik pengangkutan awam, dah biasa dimanjakan oleh mak bapak aku.. hehe. & tadi lepas 2 tahun tak naik lrt/komuter, aku mabuk & rasa pening.. nasib baik dapat duduk. hehe

BTW, kali ni aku nak kongsi doa untuk murahkan rezeki sambil dekatkan hati kita dengan Allah. Selama aku menganggur (mcm lama sangat je.. hehe), aku tak rasa susah hati mana pun, sebab aku yakin rezeki aku ada, cuma tak tau bila aku akan dapat. Hati aku yang resah, jadi tenang macam dipujuk, bila baca ayat seribu dinar.


“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”


Alhamdulillah, status 'NEET' bukan lagi milik aku. hehe. Tadi buat pertama kalinya aku pergi interview, & pukul 8pm dia call aku, kata aku boleh start kerja isnin depan. what?? isnin? cepat gila! Aku masih dalam mood honeymoon. Banyak manga yg aku DL, tak baca habis lagi & drama2 korea yg aku tak tengok lagi. huhu.
Aku ingatkan tadi nak merasa je camne pegi interview, tapi tak tau la pulak terus dapat, sebab aku nak cari position lain. Tak pela, cuba dulu. kalau tak best, aku cabut la.. hehe. Apa2 pun iPerintis, please treat me well ^_^

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Sekarang tak boleh la aku nak tidur lewat, bangun lewat. Aku kena start kerja dari pukul 8am sampai 5pm. Nasib baik iPerintis sebelah office bapak aku (KLCC). So, boleh la aku pergi & balik kerja tumpang bapak aku je. hehe.

p/s: aku yg selama ni tak reti langsung jalan KL & pegi KLCC 5 tahun sekali, nampaknya akan selalu pergi KLCC. hehe. Nama je budak KL, tapi serius aku tak tau jalan2 kat KL ni