Macam mana dengan kakak saudara aku yang kat Tsukuba?? Tak dapat aku bayangkan perasaan dia sorang diri kat negara orang, tanpa family. Sepanjang hari semalam aku gelisah je rasa. Risau sangat2 sebab last kak liza balas msg fb aku pukul 10am. Kebetulan pulak semalam birthday dia so kami ni sangat2 risau keselamatan kak liza kat sana. dia ada cakap malam sebelum tu yang dia rasa earthquake kecik kat tsukuba. rupanya tu tanda awal sebelum tsunami besar.
Syukur sangat2 kak liza ok. Malam semalam bapak aku call kak liza & aku pun sempat bercakap dengan dia. Waktu tu dia dalam bas & nak dipindahkan ke tempat lain. Dia pun x tau nak pindah ke mana.. hehe. pagi tadi pulak dapat news pasal kak liza yang dia still rasa gegaran. Aku cuma boleh berdoa supaya Allah berikan perlindungan dan mudahkan urusan kak liza di sana.
Musibah terjadi sebab Allah s.w.t nak uji dan ingatkan hamba2nya agar jangan leka dengan dunia. Siapa tak kenal Jepun? hebat dengan teknologi & ilmu yang tinggi. Tapi mereka juga kaum yang sangat suka melakukan kemungkaran. Industri seks sangat berleluasa di sana. yang tak boleh belah bila kat jepun dia ada banyak hotel yang memang orang boleh sewa semata2 nak lepaskan nafsu (thanks pada ilmu manga yang aku baca.. hehe) Kalau tak silap aku, dari zaman Shogun / Meiji lagi dah ada aktiviti tak bermoral ni (thanks pada ilmu drama historical jepun yang aku tgk.. hehe). Kelab malam pun jangan cakapla.. berlambak. Jadi bayangkanlah betapa beratnya negara jepun tu dengan dosa2 yang dah terkumpul dari dulu.
Harap2 dengan musibah ini, akan timbul keinsafan pada diri mereka. Sesungguhnya 'kita dihidupkan untuk mati' :)
cakap pasal earthquake kat jepun, bapak aku cerita masa dia kat jepun dulu, masa kat hotel pukul 11 mlm, dia ada rasa earthquake so pun dia lari turun bawah. tapi bila sampai kat bawah, rupanya dia sorang je yang turun so bapak rasa agak malu. hehe. orang jepun lain relax je sebab maybe gegaran tu tak kuat mana kot.
Sesungguhnya kita rakyat Malaysia patut rasa sangat bersyukur sebab kita jauh dari lingkaran api pasifik dan kalau tsunami melanda, kita dilindungi oleh Indonesia dulu. Tapi tu tak bermakna kita bebas dari sebarang bala ye.. ^_^