Sunday, April 5, 2009

Sedar x sedar...

2 May nnt aku punya last paper.. & lepas tu aku akan cuti sem! Pas paper nnt aku akan terus balik kg sbb ada family day kat lumut. Harap sempat hadir be4 dorang wat performance & mlm dinner. Tujuan aku tulis kali ni bukan nk cite pasal family aku yg besar dr segi kuantiti, kualiti & fizikal tu, tp pasal memori aku tahun lepas. Sedar x sedar, dh setahun rupanya sejak bapak aku sakit jantung. Masa bapak aku kena serangan tu, kebetulan aku baru balik dari uitm, & malam tu aku tengah kemas barang2 aku. Waktu tu aku rasa pukul 3 pagi kot, tetiba mak aku turun bilik bawah dlm keadaan kelam kabut. Aku pelikla & tanya knapa. Mak aku kata bapak aku sakit dada, nak g hospital. Aku dgr tu dh rasa sejuk 1 badan & tangan aku mula menggigil (aku ni senang menggigil. Ada potential utk sakit Parkinson.. nauzubillah) nasib baik waktu tu mak aku ada, baru balik dr kursus. & mastura pun ada, Cuma irfan dia keluar dgn kawan, & adik bongsu aku waktu tu dia bersekolah d kampung. Tgh kelam kabut tu yg lawaknya bila adik aku mastura dia pakai baju terbalik sbb terlalu kelam kabut.. hehe.



& mcm aku tulis td, aku bersyukur sgt bila mak aku ada, sbb bayangkan kalau mak aku x de, aku yg time tu x berani nak bwk keta lg akan buat apa? Call ambulans? Lambat smpai! Bapak aku bwk sndiri? Mustahil nak bwk dlm keadaan tgh sakit!. & Dan nasib baik jugak hospital selayang agak dekat dgn rumah aku.. Kami tunggu kat hospital tu sampai pukul 6.30 pagi sbb mak aku hantar kitaorang balik rumah & pastu dia balik hospital balik.. Waktu menunggu tu bukan aku dgn mastura je (mak aku tunggu dgn bapak aku), adik aku irfan dtg dgn kekawan dia bila aku call dia bgtau yg bapak masuk hospital. & aku bg msg kat semua family bgtau bapak aku masuk hospital.



Sepanjang minggu tu mmg penat! Penat yg amat! Dari hospital selayang, pegi ke Pantai Medical Centre sbb nak wat operation “balloon angioplasty” ? tapi aku paling tabik kat mak aku! Walaupun penat, tapi dia x mengeluh! & dia setia jaga bapak aku. Yang paling aku kagum bila dia x menangis depan anak2.. bila aku tanya dia, dia kata “Allah cuma pinjamkan bapak pada kita & Dia boleh ambil bapak bila2 masa” aku tau walaupun mak aku sedih & takut, dia kena cool dpn anak2.. aku pulak yg x leh kawal perasaan yg lawaknya mcm2 yg aku pikirkan, “masa depan” – aku x dpt peluk bapak aku dh ke? X dpt lg nak bgtau yg aku sayangkan dia ? bapak aku x smpt tgk aku grad ke? siapa yg akan walikan aku nnt? Anak2 aku x smpt jumpa tok dorang ke?. Mcm2 yg aku pikir & tiap kali aku akan nangis. & bila waktu melawat, aku cuba x menangis depan bapak aku, & aku rasa waktu tu paling susah utk x nangis..



Skarang dh dekat 1 tahun, & bapak aku dh mula makan yg bukan2 yg boleh memudaratkan dia lagi.. aku cukup risau kalau dia kena heart attack lagi. Tapi syukur bila skarang dia dh x merokok. Sekarang aku betul2 rasa yg family no 1 dlm hidup aku.. dulu aku ambik semua bnda sambil lewa, tapi skarang aku akan pastikan waktu dgn family msti ada. Aku x nak menyesal bila semuanya dh terlambat.


2 comments:

Mas.ns said...

sblm ni anda rs fmily no2 kah?
gedikkk oh.
and part pkai bj terbalik 2 mmg xbleh tahann.
jom gelakkk :)

Anonymous said...

psst.pic bpk tu sgt shows bpk tgh sakit..*sedangkan time tu bpk happy je :)

Post a Comment