Friday, December 31, 2010

Once in a blue moon


Baru balik dari kampung. Kejap je pun balik. Rasa tak puas!! 3 hari je balik! Tak dapat nak manja2 dengan tok & pah lama2 huhu. Balik kampung sempat lah pergi makan mee banjir (mee udang) kat kuala sepetang (taiping) memang superb dowh mee udang tu! udang besor2! balik dari taiping badan aku gatal2 sebab makan udang... resdung der heh.

(gambar copy paste dari blog purple lady. lebih kurang macam ni la mee banjir yang aku makan hari tu. ^_^)

Btw, kebiasaan aku kalau balik kampung, akan mengintai rumah 'dia'.

Kebetulan pulak masa lalu rumah dia keluar pulak lagu Bobby Caldwell - Even Now. Kadang2 aku rasa macam aku ni orihime- tanabata (sangat perasannn okeh.. hehe) sebab dapat jumpa dia setahun sekali je.


Sometimes when I'm in a crowd
I'll start reminiscing
And find myself missing
The sound of your laughter
The ring of your voice
But know in my heart
That I do it by choice
Though I try to see reason
My mind always ends up on
you anyhow...

*Even now I can say
That I still dream of you
There are times that I wonder
If you miss me too
Maybe I'll outgrow it
If the time allows
Even though I know it
Lingers even now...Even now

I try keeping friends around
And they entertain me
But I keep complaining
That something is missing
I can't sleep at night
And I don't hear a word
When they give me advice
Maybe love is the reason
That I keep believing you'll
come back somehow...

Repeat *

Even now I go to places we would go
That's the one escape I know
Where I can keep on dreaming

Each time I try to see reason
My mind keeps on thinkin'
You'll come back somehow...




Banyak lagi sebenarnya yang aku nak update, tapi disebabkan penat yang amat, nanti2 dulu lah ^_^

Saturday, December 25, 2010

The Best Christmas Song Ever!



Last Christmas





Last Christmas
I gave you my heart
But the very next day you gave it away
This year
To save me from tears
I'll give it to someone special

CHORUS

Once bitten and twice shy
I keep my distance
But you still catch my eye
Tell me baby
Do you recognize me?
Well
It's been a year
It doesn't surprise me
HAPPY CHRISTMAS
I wrapped it up and sent it
With a note saying "I love you"
I meant it
Now I know what a fool I've been
But if you kissed me now
I know you'd fool me again

CHORUS

Crowded room
Friends with tired eyes
I'm hiding from you
And your soul of ice
My god I thought you were
Someone to rely on
Me?
I guess I was a shoulder to cry on

A face of a lover with a fire in his heart
A man under cover but you tore me apart
Now I've found a real love you'll never fool me again

Sunday, December 19, 2010

Bowling Maasom Akidah

Hari ni aku rasa macam orang tua. Satu badan aku lenguh, lutut sakit, & tangan aku melecet sampai mengelupas kulit ibu jari aku. Ini semua gara2 Final League Maasom Akidah Bowling Tournament.

Maasom Akidah ni family besar belah bapak aku, yang merangkumi anak, cucu & cicit, cocot(?) kepada Maasom & Akidah. Bowling semalam untuk menentukan rumah mana yang menang untuk Bowling 2010 yang diadakan julung2 kali. Sebelum ni dah 2 kali kami lawan, kat Melaka & kat Ipoh. Acara macam ni memang bagus gila sebab merapatkan hubungan family lagi2 kami generasi muda yang berstatus 2 pupu.

Family aku memang gila bowling. Bapak aku tiap isnin malam akan main bowling dengan cousins & adik2 beradik dia. Aku ikut jugak kadang2 tapi baik aku duduk rumah baca manga & tengok anime. hehe.

Keputusan semalam : Biru no.1, Merah no.2, & Hijo no.3

p/s : Merah boleh menang kalau tangan aku tak injured. hehehe

Tuesday, November 30, 2010

Topik serius.... "politik" hehe

Minggu yang sangat sibuk sebab program 3P. Penat bila tiap2 hari dari 9-5 ada kelas. Dah macam orang kerja dah. seram sejuk bila fikirkan yang aku bukan lagi bergelar pelajar tak lama lagi. Kena jadi berani nak teruskan hidup.

Anyway, tujuan aku tulis blog kali ni bukan nak tulis pasal aku. tapi pasal politik. Sejujurnya, aku tak tau & tak berapa minat pasal politik. Aku cuma sokong mereka yg aku rasakan perjuangkan panji2 islam dan dalam masa yang sama, fikirkan masa depan negara dan masyarakat.

Walaupun aku tak minat politik, tapi aku secara automatik akan tau pasal politik sebab pakcik (Ayahlang) aku, (Mustafa Kamil Ayub) terlibat dalam arena politik ni. Baru-baru ni ayahlang ada bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden Keadilan mungkin rezeki tak berpihak padanya, beliau kalah.

Samar2 dalam ingatan aku waktu DS. Anwar masih dalam tahanan. ISA buru satu-satu teman seperjuangan DSAI. Kawan ayahlang dah beberapa kwn beliau telah ditangkap & ayahlang tak balik ke rumah. Makyang aku terpaksa duduk dengan kami buat sementara & waktu tu kami semua risau yang amat kalau2 ayahlang kena tangkap dengan ISA. Syukur bila ayahlang balik ke rumah beberapa hari kemudian. (kejadian berlaku dalam lingkungan 10 tahun lepas)

Sekarang, ayahlang boleh berkempen dengan bebas & aku tengok ayahlang sibuk GILA memanjang sebab hal parti. Adik saudara aku yang baru 4 tahun pun tau bila abah dia tak ada, mesti pergi meeting ^_^.

Aku tak tau nak komen pasal DS. Anwar, tapi bila ayahlang dan makyang aku yang jenis jaga solat, & yang mementingkan agama sokong DSAI, aku yakin DSAI tak bersalah. lagipun, tgk je la isteri & anak2 dia. Bertudung & jaga aurat ^_^

Bila pemilihan dah habis, malam semalam ayahlang & family tengok cerita Rapunzel dengan adik bongsu aku. ^_^. 1st time diaorang tgk wayang 1 family. Tujuan tgk wayang sebab nak bagi Aliya (anak bongsu mereka) merasa tengok wayang. Aku tak dapat bayangkan macam mana Aliya kat dalam tu sebab dia takut gelap. hehe.






Sunday, November 14, 2010

Kuku kaki ku kok kaku kaku kok kuku kaki kakak ku


Argh! rimas bila kuku panjang. Semua benda yang aku buat boleh mencederakan diri.

Contohnya:
1) Waktu memotong. Kuku aku boleh terhiris sekali kalau cuai.
2) Bila nak sikat rambut. aku boleh pulak terlupa kuku aku dah panjang & hampir2 mencederakan mata aku.

Walaupun kuku aku dah panjang, tapi aku tak boleh potong kuku aku. kenapa ek? sebaaaab.... aku terlibat sekali dalam ibadah korban untuk tahun ni. 3 hari lepas bila aku mintak kat mak mana nail clipper, mak aku cakap "eh, siapa yg buat korban disunatkan tak potong kuku & rambut dari 1 zulhijjah sampai hari raya"

Aku tak tau!! kalaulah aku tau, sebelum 1 zulhijjah aku dah potong kuku. kuku aku ni dah la jenis yang cepat panjang. sengsaranya hidup bila kuku panjang ni. memangla sedap bila menggaru.

Mungkin kuku aku akan sepanjang ini bila seminggu tak dipotong.. huhu

tapi bayangkan germs, & segala mcm bacteria merbahaya kat celah kuku tu. ewww... aku paling tak suka kalau orang simpan kuku panjang, lagi2 lelaki. apa yg dia buat dengan kuku dia tu? mesti untuk korek hidung kan?? *post tamat di sini sebab penulis nak g muntah jap*

Friday, November 12, 2010

Waktu tu...

Bestnya cuti~ Buat masa ni aku boleh bersenang lenang lagi sampai 22nov sebelum start program 3P. Sepanjang tempoh cuti aku ni, aku dah download dalam 25GB video.. hehehehe (mentang2 la guna unifi)

Cuti ni aku rasa seronok sangat, boleh lepaskan tekanan. Dalam tempoh sebulan aku menjalani kehidupan sebagai student buat kali terakhir SANGAT mencabar. Baik dari assignment, problem luar & dalam, & lain2 masalah yang mengganggu fikiran dan emosi. Dalam tempoh sebulan tu jugak la aku tak cukup tidur & berjaga malam sampai ke subuh semata-mata nak siapkan assignment.
Sengsara sungguh aku rasakan hidup aku waktu tu & rasa macam nak tukar course memasak je (at least aku boleh makan) hehe.

Cakap pasal assignment, yang paling mencabar otak aku subjek 'system analysis (SA)'. Semalam aku ada baca artikel dari iluvislam "saya benci OKU!" tersengih aku baca sorang2 artikel tu. OKU yang dimaksudkan bukanlah Orang Kurang Upaya, tapi Orang Kurang Usaha. Aku setuju sangat dengan artikel tu. Tanpa usaha, semua benda yang kita buat tak akan menjadi. Aku kaitkan artikel tu dengan subjek SA aku. Projek SA kami kena siapkan system & yang buat aku susah hati sampai rasa nak menangis bila proposal system kami sem lepas, TERLALU advance & bila nak develop system tu mmg biul kepala nak buat.

Aku tak ingat langsung cara nak buat system. so, bila nak start buat tu agak terkial-kial. Nasib baik ada tunjuk ajar Fendi dengan kak yan.
kalau tak memang aku menangis sorang2 buat system tu. hehe. Apa yang bagi aku semangat untuk buat system tu bila aku tanamkan semangat dalam diri "kalau tak reti buat, sampai bila tak nak buat" so, aku usaha kan jugak nak buat system tu. memang rasa tertekan gila waktu tu.
& aku senang je nak naik angin bila orang buat lawak tak bertempat masa aku tak cukup tidur + tak cukup masa + tak cukup ilmu. So, kepada sesiapa yang terasa dgn aku waktu buat assignment, gomen ne!!

Pendekkan cerita, kitaorang berkampung 4(?) hari semata-mata nak siapkan assignment (siapa suruh buat last minute.. hehehe) & aku sangat2 berterima kasih pada Encik Google & Puan Yahoo yang banyak membantu aku dalam menyiapkan system aku ni. by the way, system kami tu dinamakan e-appointment system ye.. :)

Monday, October 4, 2010

Di celah2 kesibukan

Curi masa sikit nak update blog.

Kesibukan yang melampau. Assignment yang terakhir perlu disubmit maybe 15 Oct. Sekarang ni nak tidur, makan, mandi semua fikir pasal assignment.




Walaupun tak sabar nak habiskan sem ni, tapi dalam masa yang sama aku takut. Takut nak memasuki dunia pekerjaan & dunia orang dewasa. Bila sibuk2 macam ni ditambah lagi dengan perasaan risau, dikhuatiri akan menjurus kepada penyakit stress. Jadi, waktu2 macam ni, hati aku tenang bila dengar lagu Maher Zain "InsyaAllah"

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah 2x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


P/s: Tak sabar nak ke concert Maher Zain 15 Oct ni. 15 dah hantar semua assignment & aku boleh dikira merdeka!! hehe


Thursday, July 29, 2010

Records Management & Saeguk Drama

Budak2 fakulti information management mesti dah biasa dengan soalan "what is information". Kalau soalan ni ditanya dalam exam, mesti laju je diaorang akan jawab dengan jawapan yang dah macam tiru sebijik dari buku text ^_^ Sbnrnya tujuan aku tulis kali ni nak kaitkan course fakulti aku dengan drama historical korea. Bagi yg mengenali aku, diaorang faham sangat aku sukakan drama, lagu & entertainment korea, jepun & kadang2 taiwan.

Buat masa ni, aku gilakan saeguk drama "Dong Yi". Saeuguk ni istilah untuk historal drama korea. Aku & family mmg sukakan cerita historical. 1st saeguk drama yg kami gilakan is Dae Jang Geum @ Jewel in the palace. Berulang kali kami tengok cerita ni. MEMANG BEST!

Antara saeguk drama yang aku dah tengok & so far semuanya aku suka :

  • Jewel in the palace (SANGAT BEST!)
  • The painter of the wind (BEST!)
  • Kingdom of the wind
  • Illjimae (SANGAT BEST!)
  • Emperor of the sea
  • Dong Yi (SANGAT BEST!)
  • Damo
  • Hong Gil Dong
  • Hwang Jini
  • Jumong
  • The Legend
  • Strongest Chil woo
Aku memang suka sejarah & kagum dengan sejarah korea & jepun. Nak tau kenapa aku kagum? sebab dinasti diaorang dah ada records management & information management. Walaupun aku bukan major & minor record, tapi sebagai student pengurusan maklumat, aku tau kepentingan record. Bila aku tengok Dong Yi baru aku sedar yang records management dah wujud kat Korea beratus tahun yang lepas sejak dinasti Joseon lagi. Disebabkan records management yg bagus, sejarah dinasti Joseon, China & Jepun memang hebat Dalam cerita Dong Yi, aku kagum bila rekod kematian & rekod background setiap rakyat tersusun & dijaga. Selain records yang sistematik, aku perasan dalam saeguk drama, information is power. Dengan gunakan right information at the right time & the right people, ia boleh jatuhkan @ naikkan kuasa clan tertentu. :D

P/S: Dong Yi ni cerita betul. Memang ada dalam sejarah dinasti Joseon. walaupun Dong Yi berketurunan hamba, tapi dia seorang yg bijak. Dong Yi terkenal sebab dari hamba, dia jadi gundik diraja & anak dia, Yi San adalah raja yang disayangi rakyat. :D


Dong Yi


King Sukjong

Monday, July 26, 2010

~ Love me for what I am ~


You've got to love me for what i am
For simply being me
Don't love me if what you intend or hope that i will be
And if you're only using me to feed your fantasy
You're really not in love
so let me go i must be free

~The Carpenters~

Monday, June 21, 2010

Daddy Long Legs

Sekarang dah pukul 3.30 pagi & aku masih belum tidur. Aku baru selesai baca manhwa Daddy Long Legs. Bengkak mata aku menangis. Cerita ni memang sedih & unik. Aku pernah tengok movie DLL ni dulu & tu pun aku menangis jugak. DLL yang aku maksudkan adalah versi Korea. Disebabkan aku malas nak tulis review cerita tu, kalau nak tau cerita ni pasal apa, tengok ni.

Monday, June 14, 2010

Update nak tak nak...

Lama rasanya aku tak post apa2 kat blog ni. Nampak gayanya setiap sem cuma 1 benda yg aku akan post. hehe. Aku tak post apa2 disebabkan sibuk... sibuk baca komik, tengok drama jepun & korea, sibuk dengan family & sibuk membazirkan masa :)

Sejak cuti, aku lebih suka duduk di rumah, menghabiskan komik2 yg aku download masa sem 5. Walaupun korang yg membaca blog ni rasa cuti aku mcm membosankan, tapi sebenarnya banyak aktiviti yg aku dh buat sepanjang cuti ni. Tiap minggu mesti ada 'benda'

Cuti sem ni aku dah ke Sabah dengan budak2 is221 stpm part 5 & dip part 6. Kenangan di Sabah mmg tak dapat dilupakan & lepas balik pun sama sbb aku sbg S/U kena siapkan report. (bayangkan aku yang tak suka menulis ni kena buat report.. sapela yg vote aku jadi S/U ni. mmg aku sumpah seranah dia masa aku tulis report hari tu.. hehe)

28 jun
Family besar belah bapak aku buat bowling tournament. Family yg digelar Family Maasom Akidah ni terdiri dari family 1 moyang. Walaupun aku tak main, tapi aku happy sebab boleh jumpa cousins, uncles & aunties. yang paling happy sekali, mestilah bapak aku sbb jumpa cousins dia.

29 jun
Family Maasom-Akidah adakan pertemuan jejak kasih dengan family Maasom-yang Lasah. Maasom (moyang kami (Maasom) dia kahwin 3. moyang Akidah isteri pertama & moyang Lasah isteri ke 3. walaupun aku x kenal sape2 keturunan Maasom - Lasah, tapi aku tetap enjoy kat sana sbb makanan sana sedap bangat!.. hehe. Btw, Lasah bukan nama moyang tapi nama tempat. Aku guna perkataan Lasah sbb x tau nama moyang tu.

5-7 jun
Family day Maasom Akidah ke-7. Bila jumpa dgn family biasala, bergossip, menggedik dgn camera etc.. Family day ni kat Teluk Kemang PD, so kitaorang mandi laut & disebabkan the whole resort tu family kami yg duduk, dengan sesuka hatinya kitaorang buat bising sampai 2 pagi & menyelam kat swimming pool. hehe. Yang paling best bila kat tepi swimming pool bila uncles main gitar, kami menyumbangkan suara.. hehe.

Paling best aktiviti sukan untuk rumah. ada 3 rumah; Merah, Biru & Hijau. Aku rumah merah & aktiviti yg aku masuk ialah tarik tali. hohoho. walaupun badan nampak besar, tapi tenaga kecik je.. but still, tarik tali perempuan merah dapat no.2. Balik dari family day walaupun badan penat, mlm tu kitaorang kuatkan semangat untuk main bowling (aktiviti biasa tiap isnin) dengan tujuan : bergossip lagi. hehe.

12 jun
Sabtu lepas pulak, adik sepupu mak aku kahwin kat pahang. 1st time aku jejakkan kaki kat pahang (cameron x dikira). Kat sana kami duduk kat 'Rumah Rehat Bukit Residen'. Nasib kami baik sbb dapat duduk kat bilik V.I.P. Kami dpt tau yg bilik tu bilik sofea jane bila dia balik pahang. Hotel tu dia yang punya. Design rumah tu mmg cantik. Aku suka rumah yg klasik ni. Lagipun rumah tu dulu residen british, Hugh Clifford yg duduk. kalau tak silap aku, rumah tu dibina tahun 1922 kot. Nasib baik x jumpa 'apa2' sbb tadi aku baru tau yg rumah tu agak 'keras'.. woooo...

Saturday, February 6, 2010

Ustazah Rock

Aku terbaca post ni kat blog alijanggut & yg membaca patut ambil pedoman. Tajuk post ni ustazah rock?? Batas antara lelaki & perempuan bukan setakat kulit sahaja, tapi ada batasan dari lenggokan suara, gaya tubuh, & lain2. Jangan ingat boleh selamba pegang & sentuh yg bukan muhrim walau ada kain.


Dia seorang yang cuba mengawal diri setelah terdedah dengan dunia luar...
Banyak gaya kehidupan bebas di sekeliling dia...

Beda dengan hidup dia sewaktu belajar,
sahabat-sahabat yang sentiasa menjaga batasan dalam pergaulan..

Kini..
ditempat kerja, pergaulan yang dilihat agak bebas, dan dia masih menjaga dirinya..

Selamat rasa dia jika bergaul dengan lelaki yang tahu batas2 pergaulan,
Gundah rasa dia jika bergaul dengan lelaki yang kelakuan bebas..
Kenapa tidak dielak?
Kerana mereka bekerja di bawah bumbung yang sama...

Sentiasa dia ingat,
"Tegaskan suaramu apabila berbicara dengan bukan muhrim,
Tegaskan langkah dan caramu bila berhadapan dengan mereka"

Mungkin kerana pendirian itu,
Dia dianggap "ganas" - "sombong" - "tak makan saman"
Namun dia tak pernah kecewa dengan title itu kerana bagi dia itu adalah title yang menjaga dirinya dari jatuh ke dalam kemanisan pergaulan bukan mahram..

Ada ketikanya,
rakan sekerja(lelaki) suka bergurau dengan cara bertepuk tampar,
namun dia pandai menjauhkan diri dari rapat dengan lelaki tersebut,
berborak, bergurau, dalam jarak yang memang dia sudah tetapkan jika berhadapan lelaki,
"1 meter away from me please....."
namun...
suatu hari,
si lelaki menepuk bahu dia dan juga lengan dia,
terasa jatuh jantung dia,
~tak pernah lelaki perlakukan dia sebegitu kecuali keluarga dia~

"boleh tak laen kali jangan betepuk tampar macam tu"
"lek arr, bukan kene kulit ko pun, air smayang pun tak batal"
"hmmm.... kalo babi hutan pakai baju menggesel gesel kat ko, ko nak ke?"
"ko sama kan diri ko ngan babi?"
"aku sama kan haram nya aku kat ko sama ngan haram nya babi kat ko"
"perrghhhh.... ustazah betol la ko ni"
"ustazah kepala ko! ni lah dia habitat yang tak tahu nak beza mana lagi haram"

dia tahu teguran dia kasar,tapi dia juga tahu teguran yang kasar itu tepat pada orang yang kasar..
dia tidak mahu jadikan pegaulan sebebas itu sebati dengan hidup dia,
kerana itu dia harus menjadi kasar di depan habitat yang tahu tapi wat2 tak tahu apa itu haram, apa itu halal, apa itu boleh, apa itu tak boleh.

Jadi dia persetankan aja jika dipanggil "ustazah rock"

Sumber : bintunowawi



"Ditikam salah seorang daripada kamu dengan jarum daripada besi pada kepalanya adalah lebih baik baginya daripada dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya." (Hadis riwayat Thabrani)
----------------------------------------------------


Ù‡Sesungguhnya Allah telah memfardhukan pelbagai perkara wajib, maka janganlah kamu mengabaikannya, dan telah menetapkan had bagi beberapa keharusan, maka janganlah kamu melewatinya, dan juga telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu mencerobihinya, dan juga telah mendiamkan hukum bagi sesuatu perkara, sebagai rahmat kemudahan buat kamu dan bukan kerana terlupa, maka janganlah kamu menyusahkan dirimu dengan mencari hukumannya" ( Riwayat Ad-Dar Qutni, ; Ad-Dar Qutni : Sohih, An-Nawawi : Hasan )

Monday, January 11, 2010

Baby Corby!

9 Januari, tarikh aku dapat CORBY!!! Thank you bapak! Lepas beli je, aku asyik tersengih sambil tengok handphone baru.. hehe.. tapi cover2 la sikit kan, bila org pandang aku buat muka serius balik ;P. Corby pink dah jadi milik aku!! hehe.. disebabkan adik saudara aku Qai dah beli kuning idaman hatiku (wooyoung 2pm), aku terpaksa beli pink (Nichkhun 2pm). Tulisan dalam corby ni cantik, walaupun aku nak bagi sms marah kat org, tapi bagi aku tak mcm marah pun sbb corak tulisan dia berbunga-bunga @ curly.. hehe i like~.

Saturday, January 2, 2010

Tetamu Allah

Berita TV3 tadi, "rombongan terakhir jemaah haji yang pulang ke Malaysia"

Dalam televisyen tadi, ahli rombongan yg pulang aku lihat semuanya warga emas. Bilalah aku akan dijemput jadi tetamu Allah?

Waktu aku form 1 @ 2, aku HAMPIR menunaikan umrah bersama tok & pah aku. Tapi, disebabkan org yg bertanggungjawab untuk bawa kami ke sana menyelewengkan duit, harapan ku musnah. Hmm.. mungkin ada hikmah aku tak dapat menunaikan umrah waktu itu. Yelah, aku baru form 1 @ 2, jadi aku rasa nak tak nak je pergi. Bukan apa, aku takut nak naik kapal terbang & aku lebih fikirkan shopping di sana. Namun, ini tak bermaksud aku ambil lewa. Aku dah hafal apa yg patut dilakukan bila berada di sana. apa yg patut dibaca, & dah tetapkan niat.

Sampai sekarang aku tak boleh maafkan orang tu. Nama je ustaz, tapi ustaz pada nama saja. Dia sanggup laburkan duit tu dalam skim cepat kaya. Kami dah ada pasport & waktu penerbangan pun dah ada. Kalau tak silap aku, sepatutnya kami ke sana pada bulan november & waktu tu musim sejuk di sana.

Bila aku berborak dgn mak aku, dia kata lebih baik kalau pergi ke sana menggunakan duit sendiri. Hmm.. dulu mak bapak aku yg keluarkan duit untuk aku tunaikan umrah. Bayangkan, bapak aku pun waktu tu tak tunaikan haji lagi. Mungkin mak bapak aku rasa aku boleh jadi lebih sihat kalau berdoa di sana memandangkan aku dulu selalu sakit sampai terpaksa berhenti sekolah. <---- kenyataan yg pahit untuk diterima.

Bulan lepas mak aku bagitahu yg sekarang ni, kena daftar haji dulu, baru kita akan dipanggil. Mungkin ambil masa 10 tahun. Walaupun tak cukup duit lagi, tapi kita dah boleh mendaftar dulu kalau dalam tabung haji ada sekurangnya seribu. Jadi, memandangkan duit dalam tabung haji aku dah cukup 'minimum' untuk mendaftar, aku berniat nak mendaftar bersama dgn adik aku, Mastura. Tapi lepas daftar, nak kena pergi dgn mahram pulak. Pergi dgn family aku? atau aku kena kahwin dulu? hoho.. harap2 aku boleh pergi dgn suami aku~ Amin~.