Friday, November 12, 2010

Waktu tu...

Bestnya cuti~ Buat masa ni aku boleh bersenang lenang lagi sampai 22nov sebelum start program 3P. Sepanjang tempoh cuti aku ni, aku dah download dalam 25GB video.. hehehehe (mentang2 la guna unifi)

Cuti ni aku rasa seronok sangat, boleh lepaskan tekanan. Dalam tempoh sebulan aku menjalani kehidupan sebagai student buat kali terakhir SANGAT mencabar. Baik dari assignment, problem luar & dalam, & lain2 masalah yang mengganggu fikiran dan emosi. Dalam tempoh sebulan tu jugak la aku tak cukup tidur & berjaga malam sampai ke subuh semata-mata nak siapkan assignment.
Sengsara sungguh aku rasakan hidup aku waktu tu & rasa macam nak tukar course memasak je (at least aku boleh makan) hehe.

Cakap pasal assignment, yang paling mencabar otak aku subjek 'system analysis (SA)'. Semalam aku ada baca artikel dari iluvislam "saya benci OKU!" tersengih aku baca sorang2 artikel tu. OKU yang dimaksudkan bukanlah Orang Kurang Upaya, tapi Orang Kurang Usaha. Aku setuju sangat dengan artikel tu. Tanpa usaha, semua benda yang kita buat tak akan menjadi. Aku kaitkan artikel tu dengan subjek SA aku. Projek SA kami kena siapkan system & yang buat aku susah hati sampai rasa nak menangis bila proposal system kami sem lepas, TERLALU advance & bila nak develop system tu mmg biul kepala nak buat.

Aku tak ingat langsung cara nak buat system. so, bila nak start buat tu agak terkial-kial. Nasib baik ada tunjuk ajar Fendi dengan kak yan.
kalau tak memang aku menangis sorang2 buat system tu. hehe. Apa yang bagi aku semangat untuk buat system tu bila aku tanamkan semangat dalam diri "kalau tak reti buat, sampai bila tak nak buat" so, aku usaha kan jugak nak buat system tu. memang rasa tertekan gila waktu tu.
& aku senang je nak naik angin bila orang buat lawak tak bertempat masa aku tak cukup tidur + tak cukup masa + tak cukup ilmu. So, kepada sesiapa yang terasa dgn aku waktu buat assignment, gomen ne!!

Pendekkan cerita, kitaorang berkampung 4(?) hari semata-mata nak siapkan assignment (siapa suruh buat last minute.. hehehe) & aku sangat2 berterima kasih pada Encik Google & Puan Yahoo yang banyak membantu aku dalam menyiapkan system aku ni. by the way, system kami tu dinamakan e-appointment system ye.. :)

2 comments:

hoenese said...

4 hari je pun....kui3...

mardhiyah said...

4 hari pun, sengsara gak hidup aku ni.. lupa plak nak masuk nama ko yg terlibat secara tak langsung.. hehe

Post a Comment