Friday, February 20, 2009

Sesal, kesal, menyesal...

Regret
- To feel sorry, disappointed, or distressed about
- A feeling of disappointment or distress about something that one wishes could be different.


Regret, atau bahasa melayunya menyesal. Kita semua mesti pernah ada perasaan menyesal tu kan? “Menyesal” ayat yg sinonim dlm hidup aku. Aku bukannya decision maker yg bagus. Banyak benda yg aku sesalkan di dunia ni. Bila perasaan menyesal timbul, mulalah perkataan “kalaulah aku…” menghantui pikiran aku.

Bila ada orang yg menyakitkan hati kita, kita akan sedih, kecewa, marah. Tapi kita x pernah bayangkan apa orang yg sakitkan hati kita tu rasa. Mungkin apa yg dia buat tu secara x sengaja, & dia akan menyesal perbuatan dia seumur hidup. Kita yg disakiti ni akan rasa sedih buat sementara je. Tapi orang yg menyakitkan hati kita tu x dpt lupakan perbuatan dia. Aku faham perasaan org yg menyakiti & disakiti sbb aku pernah sakitkan hati org & org pernah sakitkan hati aku. Kepada mereka yg terasa hati dgn aku, aku mintak maaf bebanyak.

Aku menyesal sbb aku pernah sakitkan mak bapak aku, menyesal sbb pernah buat mak aku menangis, menyesal sbb aku x cukup kuat & tabah, menyesal sbb pernah sakitkan hati individu tertentu, menyesal sbb x berani nak memulakan, menyesal sbb bwk keta laju, menyesal sbb x study elok2, menyesal sbb presentation aku wat cincai2, menyesal bila aku take things for granted & banyak lagi yg aku sesalkan.

Tapi yg aku paling sesalkan bila aku ada peluang, tapi aku x hargai peluang tu. & yg paling aku menyesal bila peluang tu dtg 2 kali, tapi aku x gunakan peluang tu. Aku ada crush kat sorang budak ni, ada sekali tu, dia duduk betul2 depan aku. Tapi disebabkan tgh dengar ceramah, aku berniat nak ckp dgn dia pas habis ceramah, tapi pas habis ceramah dia trus g kt tmpt disediakan kat bhg lelaki, & aku ke bhg pompuan. Aku mmg tau dia ada kat situ & dia pun sama tau kewujudan aku. Tapi x sangka la kan yg terjumpa btul2 berdepan. Kes tutup cam tu je.

Kali ke 2 plak, masa aku balik kg. aku dari kg bpk aku, nak ke kg mak aku naik bas. Tunggu bas tu bergerak punyala lama! Masa menunggu tu tetiba ternampak dia tgh duduk betul2 kat depan bas aku tu. Masa tu x ramai org. Aku berperang dgn perasaan sndiri “nak tegur @ biarkan”. Dlm hati aku dh terdetik kata peluang ni x kan ada lagi. Dah la dia duduk sorang2. Boleh je kalau aku buat2 nak ke tandas, lalu depan dia, & tegur “eh, (nama) buat apa kat sini?” Tapi betapa BODOHNYA aku! Aku x berani nak tegur dia & sepanjang perjalan dlm bas, aku AMATLAH MENYESAL! Sampai je kg, aku call x-roommate aku. Dia pun kata aku dah lepaskan peluang! Kalau aku jumpa dia lagi lepas ni, aku akan tegur dia! Aku pnh dgr ayat yg berbunyi "kalau pernah terjadi skali, akan jadi 2 kali. & kalau pnah jadi 2 kali, x
mustahil akan terjadi 3 kali."

Kalaulah aku…

Lagu utk layan mood aku (semua korea, but with subtitles)


1. Epik High – 1 minute 1 second
http://www.youtube.com/watch?v=4Xu5v19DQf4


2. Tim – Saranghamnida
http://www.youtube.com/watch?v=w2-U2-tPPFs


3. Epik High – Umbrella
http://www.youtube.com/watch?v=fIvORsUx0z0


4. Big Bang – Haru Haru
http://www.youtube.com/watch?v=fO8F7lDhbAM&feature=channel_page


5. Wonder Girls – Feeling Sorry
http://www.youtube.com/watch?v=e0p58S0st6A&feature=related


6. K.Will ft MC Mong – Love 119
http://www.youtube.com/watch?v=Kp3LJol38yY


7. Epik High – Girl Rock
http://www.youtube.com/watch?v=FPunNubUMmY


8. Wonder Girls – Take It
http://www.youtube.com/watch?v=mWLYqUmt_jI&feature=related


9. DBSK – Whatever they say
http://www.youtube.com/watch?v=obqdtI4Sw_0


10. Epik high – Fly
http://www.youtube.com/watch?v=ELiogafk2OA

Thursday, February 19, 2009

Worries..

Tired, dazed, & confused. 3 ayat ni mungkin sesuai untuk mentafsirkan ‘aku’ sekarang. Minggu yg memenatkan, menekankan, menyeksakan, mengecewakan etc.. knapa? Why?.. x banyak yg aku nak tulis, sbb balik dari uitm td aku x trus tido, sbb pah & tok aku turun kl dari perak. Badan penat yg amat, tp x dpt tido sbb nak ber’mesra’ dgn dorang dulu.. hehe. Tp dpt gak tdo 1 jam, pastu bgn sbb nak berhidang utk dorang berbuka. Tok & pah aku ni, wpun dh tua, tp puasa sunat larat lg. Malu btol aku yg muda ni x ikut puasa sunat mcm dorang.

Tok aku dpt 1 buku ni, 99 nama-nama Allah. Dlm buku tu, adala di masukkan terjemahan nama2. Kebetulan pulak, nama aku ada!! Hehe. Dulu aku rasa Mardhiah maksudnya berani, tapi dlm buku ni Mardhiah maksudnya ‘Yang disayangi’. Hehe. untuk Hanis pulak, sptnya aku HanisAH sbb hanisah utk perempuan. Tapi ntah camne dpt Hanis (utk laki huhu) tapi still meaning yg sama ; ‘Yang bertaqwa’. Jadi aku, Mardhiyah Hanis bermaksud Yang disayangi dan Yang bertaqwa. Untuk ‘Mardhiah’ tu mungkin betul, hehe tapi Hanis tu aku x berani nk kata. Sbb nama ni mencerminkan diri kita kan? Pasni aku nak orang panggil aku hanis lah, supaya mjadi 1 doa agar aku seorang yg bertaqwa. Hihi.

Bsok mak aku akan ke Kelantan dgn bebudak skolah dia, sempena lawatan apa ntah. & aku yg akn dipertanggungjawabkan utk hntr tok aku g solat jumaat bsok, ambik & hntr adik aku, & masak apa2 yg patut sbb family makyang & family ayah yob maybe dtg rumah ktorg. Sblm aku mngundurkan diri, pesanan buat mastura; “kakyong harapkan awk utk kemas rumah, & lain2 ok? Hohoho”


ZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzz

Friday, February 13, 2009

Penat...

Smalam, & hari ni mmg hari yang memenatkan. Lepas presentation smalam, aku, aiin & kak pah g tmpoint d pusat Bandar sbb nak uruskan hal streamyx. Agak leceh sbb kena datang 2 kali. Napela tmnet guna khidmat agent? Menyusahkan btolla. Patut aku & aiin je yg g, sbb tu hal rumah kami. Tapi aiin plak kata nak main bowling, so ajak la kak pah sbb kak pah ni agak gila main bowling. Hehe. Ajak orang lain juga, tapi dorang penat.

Uruskan hal streamyx dlm 40 min kot. Lepas selesai urusan, kami trus ke plaza alam sentral (PAS). Cadang nak main bowling 3 game, tapi x tau sape ntah yg ternampak pamphlet dr Quality Hotel untuk karaoke. Rm3 untuk 1 jam sorang. So kami decided untuk main 1 game shj. Lane bowling kat PAS x best. Kasar, & mcm x de maintenance langsung! Pin pulak asyik jatuh, walaupun x sepatutnya jatuh. Main dgn kak pah & aiin best, sbb dorang gila. Tapi dlm masa yg sama agak malu gak main dgn dorang, sbb bising GILA!!! Total score aku dpt 98, agak kurang berbanding markah aku zmn muda2 dulu. Hehe. Sbnrnya family aku slalu main bowling. Tiap kali family day, ada tournament bowling. Dulu tiap minggu main bowling dgn family belah bapak aku (family 1 moyang) tapi skarang Cuma uncles je yg main bowling. Bapak aku dulu slalu g, tapi lepas sakit jantung, mcm dh kurang Nampak nye.


Tmpt family karaoke tu kat 25th floor, so lepas aku jejakan kaki, aku mula rasa pening, & telinga aku berdengung sikit. TIDAK! Adakah aku akan lagi teruk masa naik flight ke Sarawak nanti?!! Badan aku sensitip dengan gravity.. hehe..selain itu, aku ni Acrophobia & Brontophobia. Rasanya ramai je yg mcm aku.








Di bawah, gambar aku yg ketakutan dengan ketinggian sedang memeluk tiang sambil melihat pemandangan dari tingkat 25.



Kami berkaraoke 3 jam!! Bilik selesa, pakej tmasuk air & snack (wajib). Total, sorang 12 ringgit. tapi karaoke dgn kak pah & aiin mmg bukan ‘jiwa’ aku. Lagu dorang sume yg aku x pnah dgr! Apa itu spoon? Spin? BPR? & lain2 nama yg aku x pernah dgr. Lagu aku plak dah sah2 la oldies, korea, jepun, & lagu dr Taiwan.. hehe. Lagu aku pun dorang x pnah dgr. Time lagu dorang, dorang berduet. Tapi bila aku, sorang je la, sbb dorang x tau nak nyanyi. Hehe. So jadi syok sndiri la.




Habis karaoke, kami ke bangunan lain plak, SACC Mall. Aiin blanja pizza. THANK YOU AIIN!! Kat pizza hut plak aku terserempak dgn family wancu aku. Wancu ajak makan dgn dorang skali, tp aku dtg dgn kwn, x kan nak tinggalkan kwn plak. Kami makan sampai kekenyangan. Hehe. Balik, badan penat, tapi aku x dpt tido smpaila pkul 1.




Hari ni plak, untuk subjek ict, group aku 5 org g MPOB bangi untuk research library dorang. Dari pergi sampai la balik ke puncak, aku yg bwk keta. Penat gila! Sampai ke puncak dlm pkul 4. Walaupun penat yg extreme & melampau, aku paksa diri balik jugak. Sampai rumah aku trus tido. Tapi kejap je sbb pikirkan keja yg berlambak.


Aku tido berselubung dlm selimut..

Monday, February 9, 2009

Eeuuu!! Yuks!

Tgh hari td kami 1 family except adik laki aku, Irfan g ke kl.. nak beli baju uniform kadet polis untuk adik bongsu aku, adah kat lorong haji taib.. 1st time g sana.. pas selesai urusan beli baju, mak aku nak belikan buah untuk jadikan buah tangan pada wanchor aku sbb mmg nak g rumah wanchor pun. Terkejut gila aku bila tengok ramai PONDAN a.k.a MAKNYAH!!! Kat setiap lorong kedai!! Geli gila!! Bayangkan seperti orang utan yang memakai skirt!! Hodoh gila! Dah jelas lagi nyata yg dorang tu laki! X sedar diri! X nak bedah muka ke? !! Dah la seksi gila! Sedih aku bayangkan umat zaman skarang. & sebelum kami balik dari beli buah td, adala 1 pondan ni melintas depan keta kitaorang.. & dia masuk ke dalam sebuah keta ni yang dipandu oleh lelaki… (ya betul,…. lelaki!!) Knapa??!!! Why??!! Nandeska?!! X cukup ke pompuan kat dunia ni? Sampai nak langgan PONDAN??!! Macam ni ke negara Islam??


Huh.. berpeluh aku bayangkan tempat neraka tu… dari kl kami ke rumah wanchor.. dengan NIAT nak tolong apa2 yg patut untuk persediaan perkahwinan abang sedara aku, abg Danial. Tapi mana ada wat apa2 pun.. mak aku je yg tolong cat sikit.. yg lain dorang adik-beradik wat sendiri.. abg danial cat dari bilik dia sampai ke ruang tamu.. bagus betul.. kalau aku yg nak kawin, aku x kan wat keje.. heheh. Kat rumah wanchor aku wat keje rumah database skit.. yg lain sambung pasni.. aku balik ke rumah sewa di puncak perdana inysaAllah besok.. aku ni jenis yg suka duduk rumah. Lagi lambat balik rumah sewa, lagi bagus. Hihi.

p/s: adik aku bgtau yg pah belah mak aku akan turun kl khamis depan!! Yahoo!!! Aku dulu penah skolah di perak & duduk kat rumah pah & tok aku. So aku mmg rapat dgn dorang. Lagipun aku cucu sulung kat belah mak aku. Tapi ini x bermaksud aku x sayang opah belah bapak aku tau…

Sunday, February 8, 2009

Kecemasan! dokter!!

Apa yang aku makan tadi sampai aku tercekik tulang huh? hmm... berpikir spt jimmy neutron.. think... think... oh! ikan masak tauchu rupanya.. napela aku makan lauk tu sedangkan slama ni aku x brapa makan gulai masak tauchu.. kan dah tercekik.. agak susah untuk aku hilangkan tulang. Try makan segumpal nasi tetap x hilang, try batuk pun ttp sama. Seb baik aku dapat tarik tulang tu guna jari aku.. (gila hebat diriku ini) as a result, skang aku rasa tekak aku bengkak sebelah. huhu.

lupakan pasal tulang. aku sbnrnya nak meluahkan kegilaan aku kat cerita the adventures of merlin!! best sangat! aku mmg suka cite yg ada wizard, dragon, knights, etc... sbnrnya aku x tau dah mana 1 cite original merlin.. yg kat tv3 ni yg twisted pny rasanya.. tapi merlin & prince arthur dlm cite ini so the cute 1.. hehe

alang2 tgk cite merlin, aku masak dumplings.. hehe 1st time aku masak dumplings. rupa x memikat, tapi rasa boleh tahan.. cuma agak masin. tadi aku masak cukup utk sorang 1.. aku sambung masak bsok sbb td dorang jd tester je

Saturday, February 7, 2009

Amaran! Perasaan bergolak!

Tadi aku & family aku ramai2 tonton majalah 3. Bayangkan sambil makan, sambil tgk majalah 3 pasal Gaza, mmg x sesuai!! Rasa masin nasi aku (yuks..) sbb aku TERmenangis.. Sedih yang amat! Perasaan marah & benci aku membuak! Kalau nak dibandingkan kita di Malaysia dgn mereka yang di sana, memang bagaikan langit & bumi! Paling x dapat aku lupakan tadi bila kat dinding ada tompokan hitam yang bertempek kat dinding. Rupanya tu cebisan daging manusia yang bila di bom, daging tu berkecai sampai kena dinding!! Alangkah sedihnya! Bayangkan sengsaranya penduduk Gaza.. Kita patut bersyukur kita di Malaysia & kesusahan kita x standing dengan kesusahan mereka di sana.

Dari yang aku lihat, semangat juang mereka tinggi! & sedar hidup harus diteruskan walaupun tinggal sebatang kara di dunia. Bagi mereka ini cuma dugaan & cabaran yang diturun oleh Allah s.w.t untuk menguji sekuat mana keimanan mereka. Anak2 muda di sana lagi kental semangat mereka dari anak2 muda kita kat sini. Betapa bertuahnya yg dapat status ‘syahid’, yg telah berjihad! Jangan ingat pengorbanan mereka sia-sia!!.

Kita di Malaysia ni Cuma boleh bersimpati, & lepas tu lupa nasib mereka yg terkial-kial nak teruskan kehidupan. Aku tgk ramai lagi orang2 kita yang masih beli barang yahudi tu… dengan terbukanya (mungkin x tau) beli produk yg berkomplot dgn Israel. Aku setakat ni masih boleh menahan dari membeli barang2 yg di ‘black list’ kan.. rabu lepas aku teringin sangat nak beli ice cream dr mcdonald. Tapi aku kuatkan hati aku! Untuk x mengecewakan perut & hati aku, aku belila ais krim wall’s (bukan nestle)

Sedara aku jannah & adik dia najah dah beberapa kali ajak g functions untuk gaza, tapi hari yg dia ajak tu slalu salah! Ada hari tu aku mmg bz… & ada hari aku x de kat rumah. “jannah, kalau boleh kita nak pegi, tapi awk slalu ajak last mint.. x dapat kita nak tolong”

Ayat di bawah ni rasanya aku dapat dari forum iluvislam kot..


“Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuat keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan Allah
tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Allah mahukan kerana Allah tahu hati yang sebeginilah lebih mudah lunak dan mudah dekat dan akrab denganNya...”


Bila aku dengar lagu menjejak jalan selamat dari suara smakl ni, sebak hati aku.. lagu ni sebenarnya ditujukan untuk rakyat bosnia rasanya.. tapi penyebabnya ttp sama.. ISRAEL!! So lebih kurang la lagu ni untuk Gaza.. kami 1 family mmg sukakan suara smakl.. dari kecik aku dengar lagu dorang.. memandangkan suara smakl ni group nasyid skolah mak aku mengajar.. (sekolah menengah agama kuala lumpur)


Suara SMAKL – Menjejak jalan selamat


Alangkah sedih hati ini
Umat Islam tidak dihormati
Hilang maruah dan harga diri
Musuh galak ketawa mencaci

Menjadi mangsa huru-hara
Disembelih bak haiwan melata
Kasihan nasib kecil menangis hiba
Mendakap ibu yang tidak bernyawa

Kenapakah ini semua terjadi
Umat Islam diseksa dihina
Allah lepaskan tanpa bantuan
Membiarkan musuh bertindak kejam

Mungkin ianya suatu kifarah
Hukuman dunia beserta tarbiah
Kemungkaran umat tidak dicegah
Datanglah ketetapan balasan Allah

Kita tak ingin menanggung azab
Membiarkan musuh berlaku biadab
Tegakkan iman bangunkan syariat
Mudahan selamat dunia akhirat


http://www.imeem.com/iluvislam/music/_fOxFqVV/suara_smakl_menjejak_jalan_selamat/

Friday, February 6, 2009

Bosan!!

Hmm.. malas nak menulis, tapi rasa nak tulis.. Adik aku baru wat blog, & dia dah gila blog, tapi wat private untuk sume org, kecuali aku..(baik x yah tulis blog kalau x nak org lain baca..) tetiap hari dia menulis.. (sbb dia tgh free) & aku yg ada klas, & ditmbh dengan kemalasan aku, kekal dgn 1 post.





Sebenarnya kenapa aku menulis? Hmm.. soalan yg aku rasa lagi susah untuk aku pikir dari memana test & exam.. hihi.. Mungkin aku nak ikut trend sbb sedara aku sume ada blog sndiri or maybe aku nak tulis apa yang aku nak orang baca walaupun aku rasa x ada orang yg akan baca (sbb aku pun bukan jenis yg baca blog org).





Apa aku melalut ni? Aku tengah bosan sbnrnya ni.. Tadi teman mak aku g pos office, ambik surat.. pastu trus g rumah adik mak aku (makyang). Saja je g rumah dia, konon nak minum air klapa.. tapi sbnrnya nak jumpa anak bongsu dia, aliya. Geram gila aku dengan budak tu.. COMEL!!!!!! Nakal tapi Baik! Mmg tiap minggu akan jumpa dia. Tadi main (main ke?) dgn dia kejap, pastu balik. Aku tgk ayahlang aku tadi bz dgn hp dia pasal kes hangat kat Perak la tu, memandangkan dia org kuat PKR.. Seb baik x balik kuala kangsar cuti ni.. mesti ramai gila manusia kat sana.





Lagi skali aku terpikir.. nape aku menulis ni? Oh, sebab aku bosan rupanya.. Kesihatan aku lately x brapa bagus.. migraine aku makin teruk.. gastric aku pun sama. Ntah la. Pagi tadi aku patut kuar dgn adik aku, Mastura. Aku nak tgk wayang dgn dia. Tapi disebabkan aku kena hntr adik bongsu aku, Adah g skolah, kitaorang x jadi kuar. Spoil btol la budak tu.. Baru pas call aiin (housemate aku) tadi.. dia kuar g sunway pyramid??!!! Aku pun nak jalan gak! Hihi.. Aku sbnrnya penat ni.. nak tido. Bsok pkul 6.30 kena btolak dr rumah.. ada ceramah koko kat induk Uitm Shah Alam. Knapa la dia wat hari sabtu ni? Buatnya ada student dah beli tiket balik kg sbb isnin ni cuti? X ke naya.. & knapa la dia wat aktiviti cam tu? Aku ada modul lagi utk sem ni.. bila la modul ni. Mesti hari ahad nye…





Bsok maybe kami 1 family g rumah wanchor aku kat PJ. Nak tanya sndiri kalau nak kena tolong apa2 sbb abang Danial aku insyaAllah kawin 13,14,15 March ni.. Dgr cite kami, sebagai ‘bunga-bunga’ yang mewakili family kena tolong bagi bunga telur, & angkat dulang hantaran. OH NO!! aku teringat time angkat dulang masa ayah chor aku kawin dulu. Aku angkat dulang buah. Dah la dengan berat buah, dlm mangkuk kaca, & dulang tembaga tulin!!!!!! Gila berat!! Aku x larat angkat, pastu mastura sambung. Time makan, menggigil tangan aku pegang sudu & garpu. Macam Parkinson tau x!!! Dah la aku ni senang mengigil.





Dalam masa terdekat ni jugak, 1 May nanti Family Day Maasom Akidah akan diadakan di Lumut. X tau la kalau aku ada apa2 hal time tu. Sbb dah la time exam.. Buatnya aku ada paper 2/3 may tu? X ke sian aku?





Plan paling best 16 – 22 May ni… Aku…. akan……. ke……… Sarawak!!!!! Hehehe. G rumah 2 budak kelas aku = Kak pah & Hoenese. Aku sbnrnya paling excited nak naik flight ni.. hehe kak pah kata kalau cam tu baik awak pas naik flight balik semenanjung trus”. Hehe.. saya sbnrnya nak tengok tempat korang… & paling penting, tangkap gmbr. Yes!! Yang akan ke Sarawak nanti insyaAllah aku, aiin, Nurul, Kak Ijan, Aman & Habiel. Memula g rumah kak pah, pastu dgn kak pah skali, betolak g rumah hoenese.


Gambar di bwh : Yang akan ke Sarawak nanti.. Harap maklum


Cukuplah takat ni.. konon x tau nak tulis apa & malas nak tulis.. hehe. Aku nak baca komik jap, pastu tido..