Tadi aku & family aku ramai2 tonton majalah 3. Bayangkan sambil makan, sambil tgk majalah 3 pasal Gaza, mmg x sesuai!! Rasa masin nasi aku (yuks..) sbb aku TERmenangis.. Sedih yang amat! Perasaan marah & benci aku membuak! Kalau nak dibandingkan kita di Malaysia dgn mereka yang di sana, memang bagaikan langit & bumi! Paling x dapat aku lupakan tadi bila kat dinding ada tompokan hitam yang bertempek kat dinding. Rupanya tu cebisan daging manusia yang bila di bom, daging tu berkecai sampai kena dinding!! Alangkah sedihnya! Bayangkan sengsaranya penduduk Gaza.. Kita patut bersyukur kita di Malaysia & kesusahan kita x standing dengan kesusahan mereka di sana.
Dari yang aku lihat, semangat juang mereka tinggi! & sedar hidup harus diteruskan walaupun tinggal sebatang kara di dunia. Bagi mereka ini cuma dugaan & cabaran yang diturun oleh Allah s.w.t untuk menguji sekuat mana keimanan mereka. Anak2 muda di sana lagi kental semangat mereka dari anak2 muda kita kat sini. Betapa bertuahnya yg dapat status ‘syahid’, yg telah berjihad! Jangan ingat pengorbanan mereka sia-sia!!.
Kita di Malaysia ni Cuma boleh bersimpati, & lepas tu lupa nasib mereka yg terkial-kial nak teruskan kehidupan. Aku tgk ramai lagi orang2 kita yang masih beli barang yahudi tu… dengan terbukanya (mungkin x tau) beli produk yg berkomplot dgn Israel. Aku setakat ni masih boleh menahan dari membeli barang2 yg di ‘black list’ kan.. rabu lepas aku teringin sangat nak beli ice cream dr mcdonald. Tapi aku kuatkan hati aku! Untuk x mengecewakan perut & hati aku, aku belila ais krim wall’s (bukan nestle)
Sedara aku jannah & adik dia najah dah beberapa kali ajak g functions untuk gaza, tapi hari yg dia ajak tu slalu salah! Ada hari tu aku mmg bz… & ada hari aku x de kat rumah. “jannah, kalau boleh kita nak pegi, tapi awk slalu ajak last mint.. x dapat kita nak tolong”
Ayat di bawah ni rasanya aku dapat dari forum iluvislam kot..
“Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuat keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan Allah
tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Allah mahukan kerana Allah tahu hati yang sebeginilah lebih mudah lunak dan mudah dekat dan akrab denganNya...”
Bila aku dengar lagu menjejak jalan selamat dari suara smakl ni, sebak hati aku.. lagu ni sebenarnya ditujukan untuk rakyat bosnia rasanya.. tapi penyebabnya ttp sama.. ISRAEL!! So lebih kurang la lagu ni untuk Gaza.. kami 1 family mmg sukakan suara smakl.. dari kecik aku dengar lagu dorang.. memandangkan suara smakl ni group nasyid skolah mak aku mengajar.. (sekolah menengah agama kuala lumpur)
Suara SMAKL – Menjejak jalan selamat
Alangkah sedih hati ini
Umat Islam tidak dihormati
Hilang maruah dan harga diri
Musuh galak ketawa mencaci
Menjadi mangsa huru-hara
Disembelih bak haiwan melata
Kasihan nasib kecil menangis hiba
Mendakap ibu yang tidak bernyawa
Kenapakah ini semua terjadi
Umat Islam diseksa dihina
Allah lepaskan tanpa bantuan
Membiarkan musuh bertindak kejam
Mungkin ianya suatu kifarah
Hukuman dunia beserta tarbiah
Kemungkaran umat tidak dicegah
Datanglah ketetapan balasan Allah
Kita tak ingin menanggung azab
Membiarkan musuh berlaku biadab
Tegakkan iman bangunkan syariat
Mudahan selamat dunia akhirat
http://www.imeem.com/iluvislam/music/_fOxFqVV/suara_smakl_menjejak_jalan_selamat/
0 comments:
Post a Comment